Judul : [BERA] KHEMAH MUSNAH DILANDA RIBUT
link : [BERA] KHEMAH MUSNAH DILANDA RIBUT
[BERA] KHEMAH MUSNAH DILANDA RIBUT
Seramai 31 peniaga di tapak Ekspo Raya dekat Triang Sentral di sini mengalami kerugian besar apabila hampir semua barang yang ditinggalkan di bawah khemah musnah akibat hujan ribut, petang semalam.
Ekspo Raya yang berlangsung sejak 20 hari lalu menjadi tumpuan orang ramai pada setiap malam untuk mendapatkan barangan keperluan menyambut Aidilfitri.
Penganjur Ekspo, Hairul Azzuan Ishak berkata, hujan lebat beserta angin kencang melanda kawasan itu kira-kira jam 4.00 petang itu menyebabkan sebahagian para peniaga yang berada di bawah khemah masing-masing melarikan diri ke bangunan berdekatan.
"Memang kita tidak menjangkakan keadaan seperti ini. Masa kejadian, sudah ada peniaga memulakan perniagaan mereka. Pada awalnya, mereka cuba menyelamatkan barang dan berlindung di bawah khemah masing-masing.
"Tetapi, hujan bertambah lebat beserta ribut. Banyak barang rosak... pakaian basah, alat penjagaan diri musnah, khemah roboh dan ade juga tercampak," katanya.
Menurut Hairul Azzuan, setakat ini pihaknya belum dapat memastikan junlah kerugian kesemua peniaga, dan laporan polis dilakukan malam tadi.
Demikianlah Artikel [BERA] KHEMAH MUSNAH DILANDA RIBUT
Sekianlah artikel [BERA] KHEMAH MUSNAH DILANDA RIBUT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [BERA] KHEMAH MUSNAH DILANDA RIBUT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/bera-khemah-musnah-dilanda-ribut.html