BANYAK PUNCA PENYEBAB BULI

BANYAK PUNCA PENYEBAB BULI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BANYAK PUNCA PENYEBAB BULI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BANYAK PUNCA PENYEBAB BULI
link : BANYAK PUNCA PENYEBAB BULI

Baca juga


BANYAK PUNCA PENYEBAB BULI


Buli


Shah Alam - Semua pihak perlu berganding bahu mengatasi masalah buli yang berlaku, khususnya dalam kalangan generasi muda hari ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, hanya dengan kerjasama semua pihak, masalah buli yang dilihat menjadi budaya dapat diatasi.

“Adalah penting untuk semua pihak seperti ibu bapa, guru, kerajaan, pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat keseluruhannya berganding bahu menyelesaikan masalah ini.

“Beban dan tanggungjawab mengatasi masalah ini tidak harus dipikul oleh guru atau sekolah 100 peratus, seperti ditegaskan oleh sesetengah pihak baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, banyak punca penyebab buli di sekolah atau di pusat pengajian tinggi termasuk pelaku yang mempunyai tekanan dari sudut mental serta fizikal.

“Terdapat faktor lain seperti pengaruh buruk rakan sebaya yang juga kaki buli atau pengaruh negatif dari luar terutama pengaruh daripada filem ganas atau pengaruh negatif daripada medium internet.

“Banyak kajian dijalankan mengenai perkara ini, di mana jika seseorang itu dibesarkan dalam suasana keluarga tidak aman, sering bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat, ia akan memberi impak terhadap proses pembesaran anak,” katanya.

Menurutnya, keadaan sekolah atau universiti yang tidak kondusif serta tidak mempunyai keupayaan mengatasi kejadian buli daripada berlaku menjadi faktor ia kekal berlaku.

“Kurangnya komunikasi antara sekolah dan universiti dengan ibu bapa atau penjaga juga boleh menyebabkan usaha mengatasi masalah buli terbantut,” katanya.




Demikianlah Artikel BANYAK PUNCA PENYEBAB BULI

Sekianlah artikel BANYAK PUNCA PENYEBAB BULI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BANYAK PUNCA PENYEBAB BULI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/banyak-punca-penyebab-buli.html

Subscribe to receive free email updates: