Judul : Artis Yasin Sulaiman Pula Mahu Menunjuk Pandai Isu DOJ
link : Artis Yasin Sulaiman Pula Mahu Menunjuk Pandai Isu DOJ
Artis Yasin Sulaiman Pula Mahu Menunjuk Pandai Isu DOJ
Bulan Ramadhan ini saja kitya hendak nasihatkan artis suam-suam kuku, Yasin Sulaiman yang cerdik pandai ini mengenai apa itu Saman Sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. Setakat hari ini, DOJ masih belum membuktikan sesiapa yang bersalah dan dan belum tentu aset yang disebut dalam kenyataan (saya ulang kenyataan bukan pertuduhan) ini diperolehi melalui cara jenayah. Perbicaraan belum pun mula lagi. Ini kes Saman Sivil dan bukan Kes Jenayah. Yasin Sulaiman yang bijak pandai pula sudah menjatuhkan hukum. Sekolah tinggi tapi tak cerdik. Elok saja dimasukkan dalam lokap masa raya buat sehari dua. Baru ada akal.
Untuk beliau dan juga minions dan macai pembangkang yang masih belum memahami Saman Sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat:
1. Asas kepada Saman Sivil DOJ untuk mengambil alih sesuatu aset adalah berdasarkan 'ADUAN AWAM' dan bukan 'BUKTI-BUKTI PRIMA FACIE' hasil dari siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat.
2. Jika DOJ mempunyai bukti yang kukuh mengenai sesuatu kegiatan penggubahan wang, sudah tentu DOJ boleh secara terus mendakwa pesalah terbabit di mahkamah Amerika Syarikat dan aset tersebut boleh dirampas menggunakan Akta Penggubahan Wang Haram negara berkenaan.
3. Bagaimanapun, disebabkan DOJ kekurangan bukti prima facie, maka DOJ tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakan Saman Sivil bagi mengambil alih aset-aset yang disyaki hasil dari kegiatan jenayah.
4. Melalui Saman Sivil, DOJ tidak perlu mempunyai bukti yang kukuh, cukup sekadar aduan awam. Sebaliknya pihak tertuduh pula yang perlu membuktikan aset-aset yang diperolehi bukan dari hasil jenayah penggubahan wang atau jenayah-jenayah lain.
5. Seperti yang disebut oleh DOJ sendiri "a civil forfeiture complaint is merely an allegation that money or property was involved in or represents the proceeds of a crime. These allegations are not proven until a court awards judgment in favor of the U.S." Maksudnya, tiada sebarang dakwaan yang telah dibuktikan sebaliknya ia adalah berasaskan aduan awam semata-mata.
6. Bolehkah DOJ membuktikan jenayah telah dilakukan melalui Saman Sivil ini? Tidak. Saman Sivil ini hanya untuk mengambil alih aset yang disyaki diperolehi dari sumber haram. Dalam kes bekas Presiden Taiwan, walaupun aset beliau dirampas dan dijual oleh DOJ, tetapi tiada sebarang bukti yang membolehkan DOJ mengambil tindakan ke atas beliau.
7. Dalam kes bekas Presiden Taiwan, aset yang diambil alih adalah hartanah bernilai AS$2 juta pada tahun ia dibeli, iaitu pada tahun 2008. Bagaimanapun selepas 8 tahun, termasuk selepas saman sivil difailkan dan perbicaraan mahkamah, keseluruhannya mengambil masa selama 6 tahun, nilai yang dipulangkan kepada rakyat Taiwan hanyalah AS$1.5 juta. Tidak masuk akal selepas 8 tahun, nilai hartanah tersebut masih tidak meningkat. Lebih tidak masuk akal lagi apabila nilainya menurun kepada hanya AS$1.5 juta.
Jika Yassin Sulaiman dan macai pembangkang masih belum faham isu DOJ ini, harap dapat cetak artikel ini, rebus dan minum selama 7 hari 7 malam. Sekian dimaklumkan.
Nota Kaki: CTS baru terjumpa artikel di bawah. Baca di sini. Rupanya Yassin Sulaiman mengalami tekanan jiwa rupanya. Maafkan dia.
Nota Kaki: CTS baru terjumpa artikel di bawah. Baca di sini. Rupanya Yassin Sulaiman mengalami tekanan jiwa rupanya. Maafkan dia.
Demikianlah Artikel Artis Yasin Sulaiman Pula Mahu Menunjuk Pandai Isu DOJ
Sekianlah artikel Artis Yasin Sulaiman Pula Mahu Menunjuk Pandai Isu DOJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Artis Yasin Sulaiman Pula Mahu Menunjuk Pandai Isu DOJ dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/artis-yasin-sulaiman-pula-mahu-menunjuk.html