Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,

Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma, - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,
link : Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,

Baca juga


Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,

ALOR SETAR: Lima individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma selepas didakwa mencabul seorang pekerja kedai telekomunikasi di dalam tandas sebuah kompleks beli belah di Alor Setar, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar ketika dihubungi memaklumkan, kesemua yang ditahan berusia belasan tahun hingga 20an.

Mereka ditahan lewat petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi dirakam percakapan.

Setakat ini, polis masih mengesan beberapa individu lain bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Kesemua yang ditahan telah direman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 4 petang Ahad, seorang lelaki yang berasal dari Yan didakwa cuba memeluk mangsa yang berusia 21 tahun di dalam tandas dari arah depan sebelum menekup mulut mangsa.

Dikatakan, berlaku pergelutan hampir sepuluh minit sebelum mangsa dapat meloloskan diri dan meminta bantuan awam sebelum lelaki terbabit dibelasah dengan teruk di bahagian muka dan kepala.

Lelaki berkenaan yang kemudiannya ditangkap oleh orang awam diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) yang kemudian membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Keadaan suspek dilaporkan masih kritikal dan dirawat di zon merah akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut polis lagi, kakak lelaki berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa adiknya. - Astro AWANI


Demikianlah Artikel Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma,

Sekianlah artikel Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma, kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Dan 5 Lelaki Ditahan Pukul Pencabul Hingga Koma, dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/wanita-dan-5-lelaki-ditahan-pukul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :