Usul putus hubungan: Majlis Syura akan mesyuarat secepat mungkin

Usul putus hubungan: Majlis Syura akan mesyuarat secepat mungkin - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usul putus hubungan: Majlis Syura akan mesyuarat secepat mungkin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usul putus hubungan: Majlis Syura akan mesyuarat secepat mungkin
link : Usul putus hubungan: Majlis Syura akan mesyuarat secepat mungkin

Baca juga


Usul putus hubungan: Majlis Syura akan mesyuarat secepat mungkin

 | May 1, 2017
Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, mesyuarat itu akan diadakan secepat mungkin bagi merungkai kekeliruan dan tanda tanya di kalangan ahlinya berhubung hubungan 2 parti itu.
zawawi
ALOR SETAR: Majlis Syura Ulama PAS akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin bagi membuat keputsan muktamad sama ada parti itu akan meneruskan atau memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh berkata, ia sekaligus dapat merungkai kekeliruan dan tanda tanya ahli PAS berhubung hubungan 2 parti itu.
“Majlis Syura baru sahaja menerima 1 usul yang begitu besar daripada (Dewan) Ulama.

“Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin untuk merungkai kekeliruan melibatkan usul putus hubungan dengan PKR,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, hari ini.

Mengulas lanjut, Zawawi berkata, tidak kira apa keputusan itu, semua ahli PAS perlu mematuhi arahan parti dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya harap seluruh ahli ‘wala’ kepada Majlis Syura dan pucuk pimpinan PAS dalam menentu hala tuju pentadbiran PAS,” katanya.

Semalam, perwakilan PAS sebulat suara menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan sekutunya PKR. Ia selepas usul sama yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama dan Pemuda, pada Khamis serta Jumaat lalu.
Usul itu seterusnya diangkat ke Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.

Dalam usul yang dibentangkan wakil Dewan Ulama PAS, Zulkifli Ismail, PKR dituduh melanggar syarat tahaluf siyasi seperti menyokong Amanah dan menentang PAS pada pilihan raya, serta dilihat bersama membantah usul rang undang-undang persendirian yang dibawakan Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.
PKR juga dituduh bersikap biadab dan celupar terhadap PAS, “sekaligus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan”.


Demikianlah Artikel Usul putus hubungan: Majlis Syura akan mesyuarat secepat mungkin

Sekianlah artikel Usul putus hubungan: Majlis Syura akan mesyuarat secepat mungkin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usul putus hubungan: Majlis Syura akan mesyuarat secepat mungkin dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/usul-putus-hubungan-majlis-syura-akan.html

Subscribe to receive free email updates: