TAHAP CAPAIAN INTERNET DI SEKOLAH SEDANG DIPERTINGKAT

TAHAP CAPAIAN INTERNET DI SEKOLAH SEDANG DIPERTINGKAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TAHAP CAPAIAN INTERNET DI SEKOLAH SEDANG DIPERTINGKAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TAHAP CAPAIAN INTERNET DI SEKOLAH SEDANG DIPERTINGKAT
link : TAHAP CAPAIAN INTERNET DI SEKOLAH SEDANG DIPERTINGKAT

Baca juga


TAHAP CAPAIAN INTERNET DI SEKOLAH SEDANG DIPERTINGKAT


Mahdzir Khalid


Tanah Merah - Kementerian Pendidikan sedang menaik taraf tahap capaian Internet berkelajuan tinggi di sekolah untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi terkini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata daripada 10,000 buah sekolah di seluruh negara, sebanyak 6,000 buah sekolah terutama di kawasan bandar telah siap dinaik taraf pencapaian Internet berkelajuan tinggi.

"Sebanyak 4,000 buah sekolah lagi melibatkan kawasan luar bandar dan pedalaman sedang dinaik taraf dan dijangka siap sepenuhnya pada 2018," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohammad Yusoff dan Pengarah Pelajaran Negeri Jaafar Ismail.

Mahdzir berkata kemudahan capaian Internet berkelajuan tinggi bukan sahaja memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tetapi juga untuk guru dan kakitangan sekolah melaksanakan tugas masing-masing.

Beliau berkata guru perlu menguasai teknologi terkini seiring dengan perkembangan pantas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) khusus dalam bidang pendidikan.

Terdahulu semasa berucap, beliau meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan seperti alumni sekolah agar lebih aktif dalam membantu kecemerlangan sekolah.

Beliau juga mahu PIBG dan NGO terlibat sama dalam menyambut perayaan Hari Guru supaya perayaan itu menjadi sambutan masyarakat bukan warga guru sahaja.

Pada majlis itu, bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Maher, Mohamad Fauzi Mamat dan bekas pengetua Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah. Ghazali Ismail dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Kelantan 2017.




Demikianlah Artikel TAHAP CAPAIAN INTERNET DI SEKOLAH SEDANG DIPERTINGKAT

Sekianlah artikel TAHAP CAPAIAN INTERNET DI SEKOLAH SEDANG DIPERTINGKAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TAHAP CAPAIAN INTERNET DI SEKOLAH SEDANG DIPERTINGKAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/tahap-capaian-internet-di-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates: