Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung.

Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung.
link : Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung.

Baca juga


Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung.

Akibat cemburu mengsyaki isteri mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekampung, suami bunuh rakan di belakang rumah di Pekebun, Pengkalan Sungai Kerang, Padang Gajah, Taiping, 9.30 malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki terbabit dipercayai diserang dan dibunuh dengan menggunakan senjata tajam menyebabkan mengalami kecederaan di kepala, pipi dan lengan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada 9.35 malam.

"Mangsa Wong Chee Kheong, 43, berasal dari Kampung Sungai Kerang dipercayai diserang dan dibunuh oleh lelaki berusia 34 tahun yang juga rakan sekampungnya.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati punca serangan disyaki adalah disebabkan perasaan cemburu suspek dan marah susulan mengsyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dijumpai kira-kira 30 meter dari rumah suspek dan serangan dipercayai bermula dari belakang rumah suspek.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lamapau kerana memiliki dadah dan kini sudah menghilangkan diri bersama isterinya yang juga seorang warga Thailand.

"Polis sedang berusaha mengesan kedua-dua individu berkenaan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Harrith Kam berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat. - Harian Metro


Demikianlah Artikel Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung.

Sekianlah artikel Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syak Isteri Mempunyai Hubungan Sulit, Suami Bunuh Rakan Sekampung. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/syak-isteri-mempunyai-hubungan-sulit_28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :