Judul : SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih...
link : SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih...
SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih...
Timbul keraguan terhadap pertambahan sebanyak 28,416 pengundi di bawah prosedur tuntutan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suka tahun pertama 2017.Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, perkara itu tidak dimaklumkan melalui kenyataan media seperti mana kebiasaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghebahkan mengenai pameran RDPT.
Melalui hasil semakan lanjut, beliau mendapati SPR menggunakan peruntukan Seksyen 14 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang jarang digunakan dan kurang diketahui bagi tujuan pertambahan tersebut.
Peruntukan itu, katanya, membenarkan pengundi baru, yang namanya tercicir daripada daftar pemilih atau berlaku kesilapan berkaitan nama dan alamat, ditambah atau diperbetulkan dalam senarai yang dikemas kini.
Namun, katanya lagi, adalah sukar untuk mempercayai SPR terlupa untuk memasukkan lebih 28,000 pengundi dalam RDPT bagi suku tahun pertama 2017.
“Mengapa SPR tergesa-gesa ingin memasukkan nama berkenaan dan tidak menunggu sehingga pameran awam dalam RDPT bagi suku tahun kedua 2017.
“Adakah kerana SPR mahu memastikan semua pengundi berkenaan berada dalam rang daftar pemilih sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) berlangsung pada September?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Melalui analisis lanjut, katanya yang juga Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, pertambahan sebanyak 1,170 pengundi di Selangor kebanyakannya melibatkan anggota tentera atau pasangan.
“Saya tidak membantah penambahan pengundi tentera dalam rang daftar pemilih. Sebaliknya mempersoalkan prosedur yang digunakan untuk membolehkan nama mereka ditambah,” ujarnya.
Beliau telah menulis surat kepada Pengarah SPR Selangor bagi menuntut penjelasan mengenai pertambahan pemilih tersebut.
“Kegagalan SPR memberikan penjelasan yang memuaskan akan menjejaskan kepercayaan awam terhadap integriti agensi tersebut,” tegasnya. – Roketkini.com
Explain addition of 28,000 soldiers
to electoral roll...
Pakatan Harapan wants the Election Commission (EC) to explain what it claimed to be the "magical" addition of more than 28,000 to the first quarter 2017 draft electoral roll.
Serdang MP Ong Kian Ming claimed 28,416 soldiers and their families - 7,600 in Kuala Lumpur alone - were added to the electoral roll through the "claims" process.
Ong said this was a provision under the Elections Act, to allow newly registered voters who were either left out of a draft electoral roll or have had errors in their name or address, to have their names added to the list, or fixed.
However, Ong said this provision was obscure, and it is unlikely that anyone had actually submitted such claims, in such numbers, to the EC.
"It is very strange that this time, there were 28,000 names left out (of the draft electoral roll). This is not a small number.
"We want the EC to explain how this could have happened. It is as though the EC is using back ways to bring in voters," the DAP lawmaker said when met by reporters at the Selangor EC office in Shah Alam today.
He was accompanied by PKR vice president Nurul Izzah Anwar, and Amanah elections director Hatta Ramli.
Ong said usually the EC would not display the names of claimants, as the number of errors or names left out were small.
Meanwhile, Johor DAP Mengkibol assemblyperson Tan Hong Pin said 2,193 voters were added to the state's draft electoral roll through the claims process.
Of this number, Tan said 1,184 voters were added to Kluang.
"Kluang residents are asking if this is an attempt by the ruling party to seize back Kluang," he said in a statement.
Besides the 28,000 additions, Ong also questioned the removal of over 8,000 voters from the first quarter draft electoral roll through the objections process.
He claimed 88 percent of those rejected were from Selangor, and that 99 percent of those affected were also Chinese.- mk
Kerja pembinaan jambatan ketiga Klang sudah siap dan telah dibuka kepada umum.Kerajaan Selangor telah buktikan kepada UMNO-BN apa itu rakyat didahulukan.Dibina dengan rizab kerajaan negeri Selangor sebanyak RM199 juta sahaja BERBANDING kos yg nak dibuat oleh UMNO-BN semasa janji sebelum PRU12 sbyk RM230 juta. - f/bk
Buka Puasa di Yayasan Perdana...
Lintasan pejalan kaki 3-D
Bukan pokok Krismas,tapi pokok 1MDB...
cheers.
Demikianlah Artikel SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih...
Sekianlah artikel SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPR boleh tercicir hampir 28,000 nama pemilih... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/spr-boleh-tercicir-hampir-28000-nama.html