Judul : Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan Sebenarnya?
link : Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan Sebenarnya?
Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan Sebenarnya?
Presiden PKR DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika ditemu bual oleh wartawan Al Jazeera minggu lepas dalam rancangan Upfront berkata, beliau tidak kisah memegang jawatan Perdana Menteri buat sementara waktu sehingga suaminya dan pemimpin sebenar parti pembangkang, DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Dalam bahasa mudah, Dr Wan Azizah mahu menjadi Perdana Menteri sementara sehingga suaminya dibebaskan dari penjara dan layak untuk bertanding di dalam pilihan raya.
Pemimpin DAP terbaru Datuk Zaid Ibrahim pula, menyifatkan penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suntikan baru kepada pembangkang, sambil berkata ia memberikan pilihan calon perdana menteri sekiranya pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
Dengan penglibatan Tun Dr Mahathir, Pakatan Harapan kini merupakan calon Perdana Menteri yang serius. Menurut Zaid Ibrahim, kalau pun beliau tidah mahu menjadi Perdana Menteri, beliau tahu boleh menjawatnya kerana beliau pernah melaluinya dulu. Tun Dr Mahathir katanya memiliki kredibiliti untuk membuat keputusan.
Berbalik pula kepada Parti Cap Bunga Raya, sudah pasti ahli-ahli parti berkenaan mahukan TS Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Parti akan diangkat menjadi Presiden. Lainlah kalau TS Muhyiddin Yassin hanyalah merupakan alat atau pemanas kerusi parti sebelum anak Pengerusi Parti, DS Mukhriz Mahathir bersedia mengambil alih jawatan Presiden Parti.
Bagaimana dengan DAP? Sebagai sebuah parti pembangakang yang mempunyai kerusi parlimen terbanyak, sudah tentu DAP mahu meletakkan calon mereka sebagai badut atau puppet Keluarga Lim untuk memerintah Malaysia. Sudah pasti Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, TS Muhyiddin Yassin bukan pilihan teratas memandangkan ketiga-tiga orang ini pastinya tidak dapat dikawal oleh Keluarga Lim.
Kalau calon Perdana Menteri pun Pakatan Harapan tidak boleh selesaikan, bagaimana jika mereka memerintah Putrajaya kelak. Masing-masing hanya melihat kepada kepentingan politik parti saja. Bukan melihat kepada kebaikan rakyat.
Demikianlah Artikel Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan Sebenarnya?
Sekianlah artikel Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan Sebenarnya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siapa Perdana Menteri Pakatan Harapan Sebenarnya? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/siapa-perdana-menteri-pakatan-harapan.html