Saya bukan ‘gila’, MB Kedah beritahu pemimpin PAS

Saya bukan ‘gila’, MB Kedah beritahu pemimpin PAS - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya bukan ‘gila’, MB Kedah beritahu pemimpin PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya bukan ‘gila’, MB Kedah beritahu pemimpin PAS
link : Saya bukan ‘gila’, MB Kedah beritahu pemimpin PAS

Baca juga


Saya bukan ‘gila’, MB Kedah beritahu pemimpin PAS

GEORGE TOWN: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini membidas pemimpin PAS yang memanggilnya “gila” kerana kerajaan memberikan lebih tumpuan kepada industri pembuatan dan bukannya industri asas tani.
Bashah berkata banyak pertimbangan diambil kira dalam rancangan untuk memacu ekonomi Kedah melalui perindustrian.
Menurut beliau, sektor pertanian hanya menyumbang 18.1% kepada Keluaran Dalam Negeri Kedah (KDNK) sepanjang 10 tahun lalu sementara sektor perkhidmatan menyumbang lebih 50%.
“Hasrat saya hanya mahu memajukan ekonomi negeri, jadi di mana salahnya atau pincangnya perancangan ini, adakah ini gila?
“Kedah akan kekal sebagai negeri Jelapang Padi walaupun BN kini berhasrat untuk memperkasakan ekonomi negeri melalui perindustrian,” katanya menajwab kritikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Muhamad Sanusi Md Nor pada muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah baru-baru ini.
Sanusi menggambarkan Bashah sebagai “gila” kerana mencadangkan sawah padi diambil untuk membina kilang.
Bashah berkata sawah padi yang disebut Sanusi itu terletak berdekatan dengan kawasan bandar dan diambil dengan syarat ia diganti setara dengan kawasan lain.
“Saya juga sedar 125,000 ekar tanah pertanian di negeri Kedah wajib kekal dengan salah satu tujuannya untuk memastikan sumbangan 38% bekalan beras negara dari Kedah berterusan.
“Kami tidak gila untuk melicinkan balak secara atas alasan untuk menjadikan ladang itu dan ini namun hakikatnya entah ke mana.
“Begitu juga kami tidak menghalalkan projek menebang balak untuk pelihara ikan keli yang hasilnya entah ke mana dan boleh dinilai oleh rakyat sekarang,” katanya, merujuk kepada projek kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS.
Dalam kenyataan yang menyindir Sanusi, yang merupakan setiausaha politik kepada bekas menteri besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak, Bashah berkata “orang yang ‘mengaji tinggi’ mengetahui industrialisasi zon seperti Kulim Hi-Tech Park dan 10 kawasan perkilangan sudah pun wujud sejak era 90-an lagi”.
“Saya hanya mengukuhkan asas ini bagi meningkatkan lagi asas ekonomi negeri dan peluang kerja menerusi Taman Sains dan Teknologi di Bukit Kayu Hitam dan juga sambungan projek Kedah Rubber City di Padang Terap.”
Beliau juga sempat “memuji” pimpinan PAS lain, kerana melantik Sanusi pada pemilihan parti baru-baru ini.
“Ia kelihatan seperti PAS tahu kualiti kepimpinan beliau,” katanya. - FMT


Demikianlah Artikel Saya bukan ‘gila’, MB Kedah beritahu pemimpin PAS

Sekianlah artikel Saya bukan ‘gila’, MB Kedah beritahu pemimpin PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya bukan ‘gila’, MB Kedah beritahu pemimpin PAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/saya-bukan-gila-mb-kedah-beritahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :