Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini

Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini
link : Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini

Baca juga


Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini



Di atas adalah ucapan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014.

Di dalam ucapan ini, Lim Guan Eng secara terang-terangan menghasut dengan menuduh Barisan Nasional (BN) tidak akan menyerahkan kuasa jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 dan bahawa jika ini berlaku maka 'perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya dan ia akan diselesaikan di jalan-jalan raya'.

Belum lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 berlangsung, sudah tertanam dalam fikiran Lim Guan Eng hasrat untuk menyelesaikan perebutan kuasa di jalan-jalan raya. Siapa yang ekstremis sebenarnya?

UCAPAN LIM GUAN ENG
"We know that Barisan Nasional are sore losers. They are really sore losers and they will not give up power that easily. Now, what will happen if they refuse to give up power? And I think this is one very important question in people’s minds, especially in the last election when we won the popular mandate but not the number of seats, we can see the huge mess if this issue comes out. Now, if we win power, both in terms of popular votes, that means the popular votes, but (also) in terms of the number of seats, and then we are not allowed to take power, I think the matter has to be resolved on the streets and it will be resolved on the streets."
TERJEMAHAN UCAPAN LIM GUAN ENG
"Kita tahu bahawa Barisan Nasional adalah jenis yang tidak berpuas hati jika kalah. Mereka adalah jenis yang sangat tidak berpuas hati jika kalah dan mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah. Sekarang, apa akan berlaku jika mereka enggan menyerahkan kuasa? Dan saya fikir ini adalah satu soalan yang sangat penting dalam minda rakyat, terutamanya dalam pilihan raya lepas bila kita menang mandat popular tetapi bukan bilangan kerusi, kita boleh lihat kacau-bilau besar jika isu ini timbul. Sekarang, jika kita mendapat kuasa, di dalam kedua-dua dari segi undi popular, maknanya tentunya undi popular, tetapi (juga) dari segi bilangan kerusi, dan kemudian kita tidak dibenarkan untuk mengambil-alih kuasa, saya fikir perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya dan ia akan diselesaikan di jalan-jalan raya."
Dipetik daripada Facebook Dr Kamarul Yusoff. 

Kepimpinan DAP perlu belajar cara-cara mentadbir parti mengikut  amalan demokrasi daripada MCA berdasarkan perhimpunan Agung parti tersebut yang dijalankan dengan begitu teratur dan tersusun tanpa sebarang kontroversi.

Pimpinan DAP yang sebelum ini lantang menyatakan bahawa parti mereka adalah juara demokrasi perlu menyuluh muka mereka di cermin, kerana jika dibandingkan amalan demokrasi DAP dan MCA seumpamanya seperti langit dengan bumi.

MCA terbukti sebagai sebuah parti yang matang dalam pengamalan sistem demokrasi apabila perhimpunan Agung mereka berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan, penyelewengan ataupun penipuan. Tidak ada sebarang aduan daripada ahli-ahli MCA sehingga ke hari ini.

Pemilihan CEC DAP penuh dengan unsur-unsur penyelewengan dan penipuan. Beratus ahli telah dinafikan hak mereka untuk mengundi. Pemilihan CEC DAP sudah cukup untuk memperlihatkan pentabiran kuku besi berdasarkan dinasti kekeluargaan. 

Menafikan hak lebih daripada 700 ahli parti tersebut sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana amalan demokrasi sebenarnya sudah mati di dalam parti itu dan digantikan dengan amalan kuku besi demi untuk mempertahankan kroni.

Justeru itu, masyarakat Cina tidak seharusnya memilih DAP sebagai pengganti MCA sebagai suara kaum Cina kerana begitu banyak kelemahan serta penipuan yang dilakukan oleh DAP  untuk menghasut dan mempengaruhi kaum Cina menolak MCA dan kerajaan.

Berbanding pendekatan MCA yang lebih kepada kesederhanaan, pendekatan DAP sebenarnya amat merbahaya dan tidak sihat untuk masyarakat berbilang bangsa seperti di negara ini. Ini kerana DAP lebih gemar memainkan sentimen perkauman dan cuba mewujudkan perasaan benci membenci antara kaum khususnya antara kaum Cina dan Melayu dan sebaliknya.


Demikianlah Artikel Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini

Sekianlah artikel Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Salahkah Mengelar DAP Parti Ekstremis? Tonton Video Lim Guan Eng Ini dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/salahkah-mengelar-dap-parti-ekstremis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :