RINGGIT JATUH TERUK HANYA KHABAR ANGIN

RINGGIT JATUH TERUK HANYA KHABAR ANGIN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RINGGIT JATUH TERUK HANYA KHABAR ANGIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RINGGIT JATUH TERUK HANYA KHABAR ANGIN
link : RINGGIT JATUH TERUK HANYA KHABAR ANGIN

Baca juga


RINGGIT JATUH TERUK HANYA KHABAR ANGIN


Mustapa Mohamed


Jeli - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan khabar angin bahawa nilai ringgit akan jatuh teruk menjelang September ini yang dalam masa sama akan mempengaruhi keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia.

Menurutnya, ia hanya khabar angin dan tidak ada sesiapa yang mampu untuk buat ramalan secara tepat.

"Kita tahu menjelang pilihan raya banyak lagi 'nujum- nujum pak belalang' akan muncul.

"Rekod pertumbuhan untuk suku tahun, maknanya dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun ini, menunjukkan prestasi yang terbaik, kita tak jangkakan perdagangan akan bertambah 20 peratus, tapi kita yakin untuk mencapai lima peratus itu tak ada masalah, "katanya.


Mustapa ditemui media selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli Kali Ke- 4 di sini, semalam.

Menurutnya, apa yang pasti ekonomi dunia bertambah baik berbanding tahun lalu, begitu juga dengan perdagangan negara bagi tiga bulan pertama tahun ini (Januari, Februari dan Mac) berkembang kira- kira 23 peratus memecahkan rekod sejak 2010.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, sebagai individu yang dipertanggungjawabkan terhadap kegiatan perdagangan dan pelaburan negara, beliau tidak nampak sebarang perubahan dalam dua aspek ekonomi berkenaan.

"Bagaimanapun dari aspek perdagangan, ia meningkat begitu ketara dan keyakinan terhadap pelaburan di Malaysia masih lagi kukuh, " katanya.

Sementara itu, seramai 136 graduan dari Jabatan Agroteknologi dan Bioindustri menerima diploma masing- masing sempena konvokesyen kali ini.




Demikianlah Artikel RINGGIT JATUH TERUK HANYA KHABAR ANGIN

Sekianlah artikel RINGGIT JATUH TERUK HANYA KHABAR ANGIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RINGGIT JATUH TERUK HANYA KHABAR ANGIN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/ringgit-jatuh-teruk-hanya-khabar-angin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :