Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul

Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul
link : Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul

Baca juga


Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul

Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra di sini, Ahad lalu.

Suspek berusia 31 tahun itu meninggal pada pukul 12.30 tengah hari semalam setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk, muka, telinga, badan serta kaki akibat dibelasah oleh orang awam.

BACA: Lelaki dipukul selepas didakwa cabul wanita meninggal dunia

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 20-an di sekitar Alor Setar semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sedang memburu lima lagi suspek berdasarkan gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan gambar yang tersebar di media sosial," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata ini menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pesalah laku kerana ia boleh mendatangkan kesan kepada diri sendiri.

"Jangan buat undang-undang sendiri..sekiranya berlaku kes seperti ini tangkap dan serah suspek kepada polis, biar polis yang ambil tindakan. Kita tahu kalau sudah marah memang nak pukul tapi kalau tidak sebabkan kematian tidak apa, kalau ini macam mana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Asri berkata indeks jenayah di Kedah menunjukkan penurunan 6.92 peratus atau 162 kes bagi tempoh Januari hingga April lepas berbanding tempoh sama pada 2016 iaitu 2,180 kes berbanding 2,342 kes.

"Jumlah jenayah kekerasan juga mencatatkan penurunan sebanyak 17.85 peratus atau 68 kes iaitu 313 kes berbanding 381 kes dalam tempoh sama tahun lepas namun kita tidak boleh berpuas hati dengan penurunan indeks jenayah ini kerana masih terdapat rungutan orang ramai terhadap mutu siasatan yang dilakukan.

"Selain itu, kita sentiasa memantau anggota kita bagi mengelak mereka daripada terlibat dalam kegiatan bermain judi di dalam premis perjudian online yang berlesen dan tidak berlesen," katanya.

Terdahulu, Asri telah merasmikan Perhimpunan Bulanan, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pemakaian Pangkat kepada anggota. -- BERNAMA


Demikianlah Artikel Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul

Sekianlah artikel Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Buru Lima Lagi Suspek bantu Siasatan Kematian Suspek Cabul dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/polis-buru-lima-lagi-suspek-bantu_31.html

Subscribe to receive free email updates: