Judul : PIALA FA: PAHANG HANYA PEROLEH SATU GOL
link : PIALA FA: PAHANG HANYA PEROLEH SATU GOL
PIALA FA: PAHANG HANYA PEROLEH SATU GOL
Penyudah tumpul menghalang hajat skuad Tok Gajah meraih bekalan selesa selepas hanya melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA 2017 di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.
Separuh babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Dollah Salleh mensia-siakan banyak peluang dengan penyudah tumpul menghalang hajat mereka mencari jaringan.
Antaranya cubaaan penyerang import kelahiran Brazil Matheus Alves menerusi tendangan tepat ke dakapan penjaga gol lawan,M.Kaharuddin Abdul Rahman pada m-14.
Seminit kemudian giliran Christie Jayaseelan mendapat peluang namun berjaya dihalang pemain lawan
Serangan bertali arus di depan gawang lawan menyaksikan Pahang lebih banyak menguasai permainan.
Sepuluh minit sebelum tamat separuh babak pertama tamat turut menyaksikan beberapa cubaan menarik pemain tuan rumah antaranya rembatan pemain tengah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria tersasar ke tepi gawang lawan.
Rembatan Alves juga tersasar di tepi gawang dan giliran rakan sepasukan Nurridzuan Abu Hassan dengan rembatannya tinggi melepasi gawang lawan pada m-44.
Separuh babak pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan masih buntu mencari jaringan.
Bersambung babak kedua tuan rumah terus mengatur gerakan namun masalah penyudah terus menghalang hajat Pahang mencari gol pembukaan.
Rembatan deras pemain tengah Nor Azam Azih tersasar di sudut kanan gawang pelawat pada m-57 dan Alves sekali lagi mensia-siakan peluang terhidang dengan tendangan tinggi melepasi palang pada m-60.
Gawang tuan rumah nyaris menjadi mangsa namun kecekapan penjaga gol Wan Azraie Wan Teh menepis keluar bola hasil rembatan penyerang Negeri Sembilan Marko Simic menyelamatkan gawang Pahang daripada dibolosi pada m-61.
Penantian Pahang berakhir pada m-79 selepas kesilapan pertahanan lawan Annas Rahmat memberikan gol pembukaan perlawanan sekali gus menggegarkan stadium yang dipenuhi lebih 20,000 penyokong
Penantian Pahang berakhir menerusi jaringan yang dihasilkan oleh pemain gantian Ashaari Shamsuddin pada m-80 sekaligus menggegarkan stadium yang dipenuhi lebih 20,000 penonton.
Namun penyerang import lawan Simic nyaris mencemaskan gawang Pahang namun bola tepat ke dakapan Wan Azraie pada m-84.
Tiga minit masa tambahan sebelum perlawanan tamat tidak merubah kedudukan dan kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Razlan Jofri Ali.
Aksi timbal balik berlangsung di Stadium Paroi pada 13 Mei ini.
Demikianlah Artikel PIALA FA: PAHANG HANYA PEROLEH SATU GOL
Sekianlah artikel PIALA FA: PAHANG HANYA PEROLEH SATU GOL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PIALA FA: PAHANG HANYA PEROLEH SATU GOL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/piala-fa-pahang-hanya-peroleh-satu-gol.html