Judul : PAS PERAK PUTUS DENGAN PKR
link : PAS PERAK PUTUS DENGAN PKR
PAS PERAK PUTUS DENGAN PKR
Pas Perak juga putus tahaluf siyasi dengan PKR negeri
Bendera Pas. - Foto Bernama
IPOH - Pas Perak memutuskan hubungannya dengan PKR negeri sebagai mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama Pas menamatkan tahaluf siyasi dengan parti itu hari ini.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, keputusan Majlis Syura Ulama itu adalah tepat setelah mengambil kira percanggahan yang dibangkitakn PKR.
"Kita menerima keputusan yang dibuat dan kita harap anggota serta jentera parti akan kekal fokus untuk mengukuhkan kekuatan parti bagi menghadapi PRU14," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR]
Beliau mengulas pengumuman Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Muhammad Nik Zawawi Salleh mengenai keputusan itu dibuat kerana PKR melanggar kerjasama mengikut hukum syarak dan akhlak Islam termasuk menentang Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibawa Pas.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya berlapang dada dan menerima keputusan Majlis Syura Ulama Pas. - Bernama
Demikianlah Artikel PAS PERAK PUTUS DENGAN PKR
Sekianlah artikel PAS PERAK PUTUS DENGAN PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS PERAK PUTUS DENGAN PKR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/pas-perak-putus-dengan-pkr.html