Judul : Parti Bunga Mahu Wujudkan 1 Juta Kerja 3D Untuk Rakyat Malaysia
link : Parti Bunga Mahu Wujudkan 1 Juta Kerja 3D Untuk Rakyat Malaysia
Parti Bunga Mahu Wujudkan 1 Juta Kerja 3D Untuk Rakyat Malaysia
Parti Bunga semalam telah berjanji akan mewujudkan 1 juta pekerjaan dalam tempoh 5 tahun akan datang sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang. Ketua Pemudanya yang juga pendebat terbaik seluruh galaksi angkasaraya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, gabungan itu bertujuan untuk mencapai matlamat ini dengan membuat 'kerja kotor' lebih menarik dan mengurangkan tenaga kerja asing.
Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk idea Ketua Pemuda Parti Bunga ini. Pertama, terdapat lebih kurang 504,100 penganggur di Malaysia. Ini termasuk graduan yang baru menamatkan pekerjaan dan juga belia yang tidak tergesa-gesa keliuar untuk mencari pekerjaan. Persoalannya, adakah mereka ini tertarik untuk bekerja di bidang 3D (Dirty, Dangerous, Difficult) walaupun gaji yang ditawarkan lumayan?
Kedua, Parti Bunga bercadang untuk memperuntukan sebanyak RM1 billion untuk 1 juta pekerjaan 3D ini. Ini bermakna RM1,000 tambahan diperuntukan setahun, manakala untuk sebulan hanyalah tambahan RM83.33. Adakah Parti Bunga yakin Rakyat Malaysia ingin bekerja sebagai pengangkut sampah, pekerja kontrak dan tukang kebun dengan hanya tambahan RM83.33 berbanding gaji minima RM1,000 yang dinikmati pekerja asing sekarang?
Syed Saddiq sememangnya pemidato bertaraf galaksi angkasaraya, tetapi taraf pemikirannya hanya terletak di kepala lutut sahaja. Waima kalau Pakatan Harapan memperuntukkan RM10 billion tambahan setahun sekalipun, kerja 3D yang ditawarkan kepada 1 juta Rakyat Malaysia hanyalah dengan gaji sebanyak RM1,833,33 sahaja.
Pelan transformasi semasa Kerajaan Barisan Nasional adalah dengan menaik taraf dan melatih pekerja mahir bernilai tinggi berasaskan pengetahuan adalah jauh lebih baik. ETP telah mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baru untuk tempoh 2010-2014 dan 1.5 juta peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020. Kesimpulannya, undilah Pakatan Harapan sekiranya anda bercita-cita untuk mendapat pekerjaan sebagai pemungut sampah, tukang kebun dan pembantu rumah.
Demikianlah Artikel Parti Bunga Mahu Wujudkan 1 Juta Kerja 3D Untuk Rakyat Malaysia
Sekianlah artikel Parti Bunga Mahu Wujudkan 1 Juta Kerja 3D Untuk Rakyat Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Parti Bunga Mahu Wujudkan 1 Juta Kerja 3D Untuk Rakyat Malaysia dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/parti-bunga-mahu-wujudkan-1-juta-kerja.html