Judul : MINYAK: RON97, RON95 TURUN 10 SEN
link : MINYAK: RON97, RON95 TURUN 10 SEN
MINYAK: RON97, RON95 TURUN 10 SEN
Shah Alam - Rakyat tidak perlu berebut untuk mengisi minyak hari ini kerana harga minyak disahkan turun sebanyak 10 sen bermula tengah malam tadi.
Perkara tersebut disahkan menerusi akaun Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam.
Penetapan harga itu dijangka berterusan sehingga 10 Mei depan.
Harga runcit produk petroleum bagi RON97 (RM2.39 seliter) dan RON95 (RM2.11 seliter) manakala penetapan harga baharu bagi Diesel pula tidak dinyatakan setakat ini.
Minggu lepas, kementerian menetapkan harga runcit produk petroleum bagi 27 April hingga 3 Mei dengan kadar RON97 (RM2.49 seliter), RON95 (RM2.21 seliter) dan diesel pula ialah RM2.14 seliter.
Mulai 29 Mac lalu, kerajaan mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan pada setiap Rabu bermula pukul 12.01 tengah malam bagi menggantikan mekanisme pengumuman secara bulanan seperti sebelum ini
Demikianlah Artikel MINYAK: RON97, RON95 TURUN 10 SEN
Sekianlah artikel MINYAK: RON97, RON95 TURUN 10 SEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MINYAK: RON97, RON95 TURUN 10 SEN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/minyak-ron97-ron95-turun-10-sen.html