[Miliki Kewarganegaraan Australia] ADUN DAP Pujut hilang kerusi

[Miliki Kewarganegaraan Australia] ADUN DAP Pujut hilang kerusi - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Miliki Kewarganegaraan Australia] ADUN DAP Pujut hilang kerusi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Miliki Kewarganegaraan Australia] ADUN DAP Pujut hilang kerusi
link : [Miliki Kewarganegaraan Australia] ADUN DAP Pujut hilang kerusi

Baca juga


[Miliki Kewarganegaraan Australia] ADUN DAP Pujut hilang kerusi



Pilihan raya kecil Pujut bakal diadakan tidak lama susulan wakil rakyat DAP, Ting Tiong Choon (DAP-Pujut) yang dilaporkan hilang kelayakan daripada menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak.

See Hua Online melaporkan bahawa DUN Sarawak dalam pengundian 70-10 menyokong penyingkiran Ting, selepas di dakwa memiliki kewarganegaraan Australia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh (BN - Bawang Assan) mengemukakan usul terhadapnya.

Beliau dilaporkan memetik Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

Wong mendakwa Ting memperoleh kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010.

Beliau juga mendakwa bahawa Ting telah dua kali diisytiharkan muflis di Australia, dan mendakwa Ting tidak berkelayakan, tidak sesuai, dan tidak boleh dipercayai sebagai ADUN.

Calon BN Pujut yang tewas kepada Ting, Hii King Chiong sebelum ini memfailkan petisyen pilihan raya terhadap kemenangan DAP itu, tetapi Mahkamah Pilihan Raya menolak kes itu atas alasan teknikal tahun lalu.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang disiarkan di laman Facebook DAP Sarawak, Ting berkata beliau melepaskan kerakyatan Australia selepas dirinya direkrut oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) untuk kembali ke Malaysia.

Beliau berkata proses untuk memulangkan kerakyatan Australia itu memakan masa selama setahun, dan selesai sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang diadakan pada 7 Mei tahun lalu.

Ting menambah bahawa beliau tidak pernah hilang kerakyatan negara ini.


Demikianlah Artikel [Miliki Kewarganegaraan Australia] ADUN DAP Pujut hilang kerusi

Sekianlah artikel [Miliki Kewarganegaraan Australia] ADUN DAP Pujut hilang kerusi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Miliki Kewarganegaraan Australia] ADUN DAP Pujut hilang kerusi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/miliki-kewarganegaraan-australia-adun.html

Subscribe to receive free email updates: