Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar

Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar
link : Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar

Baca juga


Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar

Turut Hadir
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir di Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-12 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menandatangani petisyen untuk membebaskan 'musuh'nya satu ketika dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri  selama 22 tahun, berbuat demikian ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 di sini, hari ini bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ketika diminta mengulas, Dr Mahathir mengakui bahawa beliau mahu Anwar, yang menjadi Timbalan Perdana Menteri sewaktu zaman pemerintahannya, dibebaskan.

"Ya saya menggesa supaya beliau dibebaskan... bukan saya yang menyebabkan beliau dipenjarakan, itu cerita lama..." katanya kepada pemberita.
Kongres yang dianggap perwakilan PKR sebagai yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 itu  turut meletakkan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 sebagai agenda utama.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. - Bernama


Demikianlah Artikel Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar

Sekianlah artikel Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir tandatangani petisyen bebaskan Anwar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/mahathir-tandatangani-petisyen-bebaskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :