[LIPIS] KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT

[LIPIS] KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT
link : [LIPIS] KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT

Baca juga


[LIPIS] KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT

Kejayaan suntik semangat



Kejayaan pasukan Pahang melangkah masuk ke final Piala FA nyata menyuntik semangat para penyokong Tok Gajah di daerah ini untuk sama-sama memberi sokongan di Stadium Bukit Jalil pada 20 Mei ini.

Seorang penyokong dari Bandar Lipis, Mohamed Hanis Ahmad, 44, berkata, sokongan peminat mampu menaikkan lagi semangat para pemain dan membolehkan negeri berkenaan muncul juara selepas kali terakhir menjulang piala terbabit pada musim 2014.

“Untuk aksi final ini bukan hanya pemain yang galas tanggungjawab untuk menang tetapi rakyat Pahang juga perlu berikan sokongan mereka kepada pasukan negeri.

“Selaku penyokong setia kita juga harapkan Tok Gajah dapat beraksi dengan baik dan cemerlang pada pusingan akhir menentang Kedah nanti,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Lipis (MDL), Mohd Pauzi Abu Hussaini berkata, pihaknya bercadang untuk menyediakan tayangan skrin gergasi buat peminat bola sepak Pahang pada perlawanan akhir.

Katanya, skrin gergasi berkenaan dijangka akan dipasang di tapak pasar lama berhadapan Bazar Camelia Bandar Lama Lipis bagi memeriahkan serta menghangatkan lagi aksi final terbabit.

“Pada perlawanan timbal balik kedua Pahang menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam semalam (kelmarin) kita ada pasang skrin gergasi di Dewan Residen dan lebih 100 peminat Tok Gajah hadir untuk sama-sama menonton perlawanan berkenaan.

“Untuk perlawanan akhir nanti kita juga bercadang untuk menyediakan cabutan bertuah kepada penyokong yang hadir dan kita harap agar peminat pasukan Tok Gajah dapat sama-sama hadir pada 20 Mei ini untuk memeriahkan suasana,” katanya.






Demikianlah Artikel [LIPIS] KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT

Sekianlah artikel [LIPIS] KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] KEJAYAAN SUNTIK SEMANGAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/lipis-kejayaan-suntik-semangat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :