LAAAA HUDUHNYA PAN MINTA JAWATAN EXCO

LAAAA HUDUHNYA PAN MINTA JAWATAN EXCO - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LAAAA HUDUHNYA PAN MINTA JAWATAN EXCO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LAAAA HUDUHNYA PAN MINTA JAWATAN EXCO
link : LAAAA HUDUHNYA PAN MINTA JAWATAN EXCO

Baca juga


LAAAA HUDUHNYA PAN MINTA JAWATAN EXCO

Azmin ambil pendekatan tunggu dan lihat
Mohamed Azmin Ali
Azmin Ali. - Foto Sinar Harian oleh HALIM WAHID
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap perkembangan kerjasama politik antara PKR dan Pas yang akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama Pas dalam masa terdekat.

Beliau berkata, buat masa ini pentadbiran kerajaan Selangor gabungan PKR, DAP dan Pas akan terus bekerja sebagai satu pasukan berdasarkan mandat yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

"Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat untuk satu penggal sehingga PRU akan datang.

"Jadi, jangan buat spekulasi (hubungan Pas dan PKR) kerana seperti yang dinyatakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kita akan hormati keputusan Majlis Syura. Sekarang ini, kita tunggu keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Anugerah Jasamu Dikenang di sini, hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan exco PAS dalam kerajaan Selangor berikutan keputusan muktamar ke-63 parti Islam itu pada April lepas yang meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Kerajaan Selangor mempunyai komposisi tiga exco dari PKR, tiga DAP dan tiga Pas.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut menolak desakan Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini supaya beliau merombak pentadbiran kerajaan negeri dengan memberi peluang kepada pemimpin parti itu mengambil alih jawatan yang disandang oleh wakil-wakil Pas pada masa ini.

"Itu cadangan yang kita hormati...semua boleh beri pandangan tetapi saya telah nyatakan pada PRU lepas rakyat telah memilih 15 wakil rakyat Pas, 15 wakil rakyat DAP dan 14 wakil rakyat PKR, jadi dengan gabungan inilah kita dapat membentuk kerajaan," katanya. - Bernama


Demikianlah Artikel LAAAA HUDUHNYA PAN MINTA JAWATAN EXCO

Sekianlah artikel LAAAA HUDUHNYA PAN MINTA JAWATAN EXCO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LAAAA HUDUHNYA PAN MINTA JAWATAN EXCO dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/laaaa-huduhnya-pan-minta-jawatan-exco.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :