Kit Siang: Pensyarah UUM gagal sahkan fakta mengenai Tony Pua, Anthony Loke

Kit Siang: Pensyarah UUM gagal sahkan fakta mengenai Tony Pua, Anthony Loke - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang: Pensyarah UUM gagal sahkan fakta mengenai Tony Pua, Anthony Loke, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang: Pensyarah UUM gagal sahkan fakta mengenai Tony Pua, Anthony Loke
link : Kit Siang: Pensyarah UUM gagal sahkan fakta mengenai Tony Pua, Anthony Loke

Baca juga


Kit Siang: Pensyarah UUM gagal sahkan fakta mengenai Tony Pua, Anthony Loke

 | May 31, 2017
Pemimpin veteran itu mendakwa Kamarul Zaman Yusoff melakukan dosa dunia akademik iaitu gagal menentusahkan fakta sebelum menyerang DAP.
Lim-Kit-SiangKUALA LUMPUR: Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff sudah “merosakkan” reputasi akademik UUM, kata Lim Kit Siang.
“Saya meratapi standard akademik universiti di Malaysia,” kata pemimpin DAP itu dalam kenyataan hari ini.

Lim berkata Kamarul dalam catatan Facebook terbaharu mengulangi “sampah mengenai ‘agenda Kristian DAP'” dan mendakwa buktinya 2 pakar strategi utama DAP dalam agenda itu ialah Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke dan Ketua Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua.

“Tetapi Kamarul Zaman tidak membantu reputasi akademik UUM dan universiti di Malaysia kerana dia sudah melakukan dosa dunia akademik iaitu terkeliru dengan nama Barat Loke dan Pua dan tidak menentusahkan sama ada Loke dan Pua beragama Kristian.
“Untuk makluman Kamarul, Loke dan Pua bukan Kristian. Jadi dari mana datangnya ‘agenda Kristian’ DAP?”
“Tidak cukup dengan kecuaian akademik seperti itu, Kamarul Zaman sekali lagi melakukan dosa akademik apabila menyerang Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming dari DAP kerana satu petikan di Facebook 4 Februari 2014, sedangkan pertikan itu sebenarnya memetik seorang menteri Kristian, Datuk Seri Idris Jala, dan tiada kena mengena dengan Kian Ming. Adakah selepas ini Kamarul Zaman akan menuduh kerajaan BN Datuk Seri Najib Razak mempunyai ‘agenda Kristian’?”

Ahli Parlimen Gelang Patah berkata beliau mahu mengabaikan catatan Kamarul sehinggalah ditanya apa kelayakannya untuk menafikan DAP mempunyai agenda Kristian, “seolah Lim Kit Siang ialah DAP dan DAP ialah Lim Kit Siang”.

Lim berkata: “Pemimpin Umno, propagandis dan askar siber mengambil masa yang lama untuk menyedari kepalsuan dakwaan seperti itu.
“Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, Saya dituduh pemimpin Umno-BN atas alasan “Lim Kit Siang ialah DAP dan DAP ialah Lim Kit Siang'”
Menurut Lim, alasan itu menjadi alasan “kempen penipuan dan kepalsuan” oleh pemimpin Umno, propagandis dan askar siber untuk memburukkan beliau.

“Namun akhirnya,” kata Lim, pengakuan Kamarul Zaman yang merasakan “tidak masuk akal untuk menganggap ‘Lim Kit Siang ialah DAP dan DAP ialah Lim Kit Siang’ tidak akan menghentikan serangan pemimpin Umno, propagandis dan askar siber.”


Demikianlah Artikel Kit Siang: Pensyarah UUM gagal sahkan fakta mengenai Tony Pua, Anthony Loke

Sekianlah artikel Kit Siang: Pensyarah UUM gagal sahkan fakta mengenai Tony Pua, Anthony Loke kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang: Pensyarah UUM gagal sahkan fakta mengenai Tony Pua, Anthony Loke dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/kit-siang-pensyarah-uum-gagal-sahkan.html

Subscribe to receive free email updates: