Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP

Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP
link : Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP

Baca juga


Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP

 | May 26, 2017
Ahli politik veteran itu berkata laman DAP Laknatullah di Facebook masih boleh dikunjungi orang ramai dan bertanya adakah benar dalangnya dilindungi.
Lim-Kit-SiangPETALING JAYA: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mahu pihak berkuasa menjelaskan mengapa laman Facebook anti-DAP masih boleh dikunjungi orang ramai walaupun ancaman bunuh ditujukan pada ahli DAP Edry Faizal Eddy Yusof.

Dalam kenyataan hari ini, ahli politik veteran itu mengutuk laman DAP Laknatullah kerana “catatan tidak bertanggungjawab yang membuat ancaman mencedera dan bunuh pada Edry” dan mesej kebencian terhadap DAP.

Beliau juga bertanyakan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengharamkan laman itu terutamanya sejak catatan terbaharu mencemuh Edry kerana membuat laporan polis terhadap mereka berhubung ancaman bunuh yang diterima.

“Apakah benar dalang laman FB ‘DAP Laknatullah’ dan catatannya dinaungi dan diberi perlindungan yang kuat?” soal Kit Siang, dan menambah sekiranya laman itu bernama “Umno Laknatullah” dan mengeluarkan ancaman terhadap ahli Umno, SKMM akan bertindak menutup laman itu.

Bagaimanapun DAP tidak akan melakukan taktik kotor terhadap musuh politiknya kerana menyebarkan “kebencian, curiga dan permusuhan antara kaum dan agama” mengancam keamanan, keharmonian dan kemajuan, katanya.

Beliau berkata sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersungguh mengenai prinsip keadilan, keseimbangan dan kecemerlangan yang diuar-uarkan kepada dunia, Najib perlu pastikan kerajaannya mengamalkan prinsip yang sama.

“Pilihan raya umum ke-14 pertembungan antara rakyat Malaysia – antara mereka yang mahukan demokrasi menentang mereka yang mahukan kleptokrasi,” kata Kit Siang, dan menyoal adakah rakyat boleh harapkan tindakan pantas pihak berkuasa terhadap laporan polis Edry.


Demikianlah Artikel Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP

Sekianlah artikel Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang mahu pihak berkuasa bertindak terhadap laman anti-DAP dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/kit-siang-mahu-pihak-berkuasa-bertindak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :