KHIDMAT PERGIGIAN HARAM BOLEH DATANGKAN RISIKO HIV

KHIDMAT PERGIGIAN HARAM BOLEH DATANGKAN RISIKO HIV - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KHIDMAT PERGIGIAN HARAM BOLEH DATANGKAN RISIKO HIV, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KHIDMAT PERGIGIAN HARAM BOLEH DATANGKAN RISIKO HIV
link : KHIDMAT PERGIGIAN HARAM BOLEH DATANGKAN RISIKO HIV

Baca juga


KHIDMAT PERGIGIAN HARAM BOLEH DATANGKAN RISIKO HIV


Khidmat pergigian haram boleh datangkan risiko HIV


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius mengenai kegiatan pengamal pergigian haram yang semakin berleluasa di negra ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan khidmat pergigian haram boleh mendatangkan komplikasi lebih buruk seperti risiko dijangkiti virus HIV dan Hepatitis.

Jelasnya, risiko jangkitan tersebut ke atas pesakit tinggi kerana pembasmian kuman ke atas peralatan tidak dilakukan dengan sempurna.

"Kami khuatir kerana orang ramai masih kurang sedar bahawa mereka yang menawarkan prosedur tersebut adalah tidak bertauliah akibat mudah tertarik dengan tawaran harga yang dianggap murah.

"Kami mahu orang ramai peka dan mengambil berat risiko yang akan dialami sekiranya mendapatkan perkhidmatan dari pengamal pergigian haram yang tidak bertauliah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, perkhidmatan pergigian kosmetik seperti pemasangan pendakap gigi (braces) dan venir pergigian (dental veneers) boleh mengakibatkan kesakitan, infeksi, ulser mulut, gigi longgar, pergerakan gigi yang luar biasa, karies gigi, kehilangan gigi dan gusi yang bengkak serta bernanah.

Justeru, pihaknya menyeru orang ramai untuk mendapatkan sebarang rawatan pergigian di klinik pergigian kerajaan mahupun swasta yang berdaftar dan dilakukan oleh dengan pengamal pergigian yang bertauliah.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kegiatan pengamal pergigian yang mencurigakan digesa untuk tampil dan menyalurkan aduan rasmi kepada Bahagian Kesihatan Pergigian KKM agar penguatkuasaan boleh dijalankan dan tindakan undang-undang yang tegas dapat diambil.

"Sejak tahun 2015 sehingga kini, sejumlah 46 aduan telah diterima mengenai pengamal pergigian haram.

"Sepanjang tempoh itu, sebanyak 18 kes telah berjaya dibawa ke mahkamah. Dalam kes terbaharu yang didakwa di negeri Johor pada 30 Mac 2017 yang lalu, tertuduh telah dikenakan denda maksimum sebanyak RM300,000 atau penjara selama 3 bulan," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, pendaftaran pengamal pergigian boleh disemak di laman web Majlis Pergigian Malaysia di mdc.moh.gov.my atau dpims.moh.gov.my.




Demikianlah Artikel KHIDMAT PERGIGIAN HARAM BOLEH DATANGKAN RISIKO HIV

Sekianlah artikel KHIDMAT PERGIGIAN HARAM BOLEH DATANGKAN RISIKO HIV kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KHIDMAT PERGIGIAN HARAM BOLEH DATANGKAN RISIKO HIV dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/khidmat-pergigian-haram-boleh-datangkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :