Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah

Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah
link : Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah

Baca juga


Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah

PUTRAJAYA 11 Mei – Satu kajian terhadap sistem pembelajaran prasekolah di Malaysia akan dijalankan dalam masa terdekat, melibatkan pakar pendidikan awal kanak-kanak bagi menambah baik kualiti pendidikan terhadap golongan itu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun kurikulum prasekolah kementerian berada pada tahap memuaskan, namun perkara itu perlu terus ditambah baik bagi membentuk murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

“Saya bersama kepimpinan kementerian akan duduk berbincang dengan pakar bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk melihat semula sistem pembelajaran dan kokurikulum yang ditetapkan.

“Selain menyediakan murid untuk memasuki tahun satu, penambahbaikan itu juga akan mengambil kira keseimbangan pembelajaran, fasiliti antara prasekolah di bandar dan luar bandar,” katanya selepas melakukan lawatan mengejut ke Prasekolah Sekolah Kebangsaan Put­rajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Setia­usaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Mahdzir memberitahu, kemen­terian berhasrat menambah pra­sarana prasekolah di seluruh ne­ga­ra yang bertujuan memperluaskan akses sistem pendidikan awal kanak-kanak kebangsaan.

Katanya, sehingga kini terdapat 200,000 kanak-kanak yang meng­hadiri sistem pendidikan prasekolah di 6,044 buah sekolah kebangsaan.

“Bermula tahun ini, buat julung kalinya kita bakal mewujudkan prasekolah di 50 sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT),” katanya.

Sumber: Utusan




Demikianlah Artikel Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah

Sekianlah artikel Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kajian tambah baik sistem pembelajaran prasekolah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/kajian-tambah-baik-sistem-pembelajaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :