Judul : [JERANTUT] 10 PASANGAN KAHWIN SERENTAK
link : [JERANTUT] 10 PASANGAN KAHWIN SERENTAK
[JERANTUT] 10 PASANGAN KAHWIN SERENTAK
Kenangan diraikan dengan penuh gilang-gemilang dalam majlis Walimatul Urus Perdana Parlimen Jerantut di Dataran Majlis Daerah jeratut, di sini semalam pasti tidak dapat dilupakan oleh 10 pasangan pengantin terlibat.
Dua pasangan Orang Asli dari Kampung Sungai Berjuang, di sini iaitu Samsul Kepoh, 32, dan pasangannya Tijah Supit, 27 serta Hasmuri Haris, 21 dan isterinya Siti Nordiah Busra, 17, antara diraikan dalam majlis itu.
Samsul berkata, dia mengenali isterinya menerusi ruangan berkenalan radio Asyik FM sebelum mengambil keputusan berkahwin.
Bagi pasangan Hasmuri dan Siti Nordiah pula, kedua-duanya bertemu sejak zaman persekolahan iaitu ketika masih menuntut di Sekolah Kebangsaan Batu Balai, di sini.
Dua pasangan itu gembira dan berpuas hati dengan keputusan mereka untuk turut serta dalam majlis anjuran kawasan Parlimen Jerantut dengan kerjasama Puteri Umno bahagian itu.
Sementara itu, Ikhwan Razali, 27, dan isterinya Aqidah Syuhada Jafriddin, 23, menganggap keputusan menyertai Walimatul Urus Perdana itu tepat pada masanya selain dapat menjimatkan perbelanjaan.
“Saya tak sangka majlis diadakan sebesar ini dan saya rasa bertuah sebab dapat peluang jadi sebahagian pengantin dalam majlis sebegini,” katanya yang bekerja sebagai pemandu di Kuala Lumpur.
Bercerita lanjut tentang pertemuannya dengan Aqidah, Ikhwan yang berasal dari Kerambit, Kuala Lipis itu berkenalan dengan Aqidah yang berasal dari Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, di sini, tahun lalu ketika bekerja di bandar Jerantut.
“Keputusan untuk berkahwin dan memilih untuk turut serta dalam Walimatul Urus Perdana ini dibuat lepas setahun kami berkenalan.
“Alhamdulillah, keluarga kami setuju dan dengan perbelanjaan RM3,000 saja kami dah sah sebagai suami isteri dalam majlis yang penuh meriah,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, program itu julung kali diadakan dan diuruskan Puteri Umno bahagian menerusi ketuanya, Norsarfinaz Mohd Azman.
“Ini adalah salah satu usaha kita untuk bantu pasangan berusia di bawah 40 tahun dengan pendapatan rendah serta berasal dari daerah ini untuk mendirikan rumah tangga dengan hanya menyediakan wang perbelanjaan RM3,000 bagi setiap pasangan.
“Program dengan peruntukan kira-kira RM100,000 hasil sumbangan pelbagai pihak ini diadakan juga bagi meringankan beban mendirikan rumah tangga terutamanya dalam keadaan ekonomi negara masa kini,” katanya.
Menurutnya, pasangan pengantin tidak hanya menerima hadiah seperti kelengkapan dapur, malah turut menerima sumbangan perlindungan Takaful selama setahun berjumlah RM50,000 secara percuma.
“Program dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) ini bermula seawal jam 9 pagi dan pengantin dinikah di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut.
“Kesemua pengantin kemudiannya dibawa menaiki bas sumbangan Trans Malaya Ekspres ke dataran untuk jamuan makan beradab dan bergambar di atas pelamin yang turut disediakan pihak penganjur,” katanya.
Ahmad Nazlan berkata, majlis dimeriahkan dengan kehadiran sekumpulan penunggang motosikal dari Kelab Permotoran D’Sky Community Pahang selain dihiburkan dengan nyanyian Nash dan Zetty Mentor.
Demikianlah Artikel [JERANTUT] 10 PASANGAN KAHWIN SERENTAK
Sekianlah artikel [JERANTUT] 10 PASANGAN KAHWIN SERENTAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [JERANTUT] 10 PASANGAN KAHWIN SERENTAK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/jerantut-10-pasangan-kahwin-serentak.html