Isytihar Hari Guru sebagai cuti umum?

Isytihar Hari Guru sebagai cuti umum? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isytihar Hari Guru sebagai cuti umum?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isytihar Hari Guru sebagai cuti umum?
link : Isytihar Hari Guru sebagai cuti umum?

Baca juga


Isytihar Hari Guru sebagai cuti umum?

PROSES pendaftaran pelajar Tingkatan Enam di sebuah sekolah menengah di Selangor pagi itu berjalan lancar dan tiada masalah - bersesuaian dengan kematangan usia pelajarnya.

Namun ketenangan tersebut sedikit terganggu, terdapat suara agak lantang begitu galak mengherdik guru bertugas. Kekalutan itu bukan dilakukan pelajar tetapi sebaliknya oleh bapa pelajar yang dirasakan usianya ­telah melebihi setengah abad.

Dia dengan penuh bangga mengisytiharkan dirinya sebagai seorang pegawai kerajaan yang mahir dengan selok belok etika pemakaian bersopan. Ceritanya bermula apabila anaknya yang memakai t-shirt tanpa kolar dan berseluar jean ‘skinny’ ditegur oleh guru bertugas kerana tidak mematuhi kod pemakaian yang ditetapkan iaitu kemas dan sopan.

Si ayah menegaskan bahawa pakaian anaknya itu adalah ‘kemas dan sopan’ seperti tertulis dalam surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam 2017. Itu tafsiran daripada pemahamannya. Herdiknya dalam nada tinggi, pihak sekolah tidak wajar mengelirukan pelajar dan perlu mencatatkan secara jelas dalam surat tersebut - lelaki wajib pakai kemeja, berkasut dan berseluar ‘slack’.

Mungkin ‘pegawai kerajaan’ itu tidak membaca surat tawaran itu kerana jika dibaca pasti diketahui bahawa ia bukan dikeluarkan pihak sekolah sebaliknya mempunyai ‘kepala surat’ Kementerian Pendidikan!

Penulis yakin itu hanya kes terpencil, bukan semua ibu bapa mempunyai pekerti sedemikian. Masih ramai yang amat menghormati guru. Mungkin betul guru bukannya orang hebat tetapi perlu diingatkan bahawa semua orang hebat adalah berkat jasa guru.

Beban guru terlalu banyak yang memerlukan fokus tertinggi. Ibu bapa perlu tahu bahawa bukan anak kita sahaja yang belajar dalam satu kelas, sebaliknya terdapat berpuluh-puluh lagi anak orang lain.

Analogi mudah, jika semasa di rumah ibu bapa sukar memberikan perhatian penuh terhadap enam atau tujuh orang anak. Cuba bayangkan jika ibu bapa mempunyai 40 atau lebih anak kembar pada satu masa, itulah yang dialami oleh guru sewaktu mengajar anak-anak kita di sekolah.

Mungkin betul jika ibu bapa itu seorang terpelajar yang mempunyai berderet-deret kelulusan tertinggi tetapi perlu diingatkan bahawa ibu bapa terbabit tetap tidak mampu memberikan kesemua ilmu yang diperlukan anak-anak.

Lebih tepat, ibu bapa amat memerlukan guru untuk melengkapkan ilmu dan sahsiah anak masing-masing. Ini adalah hakikat, maka hormatilah mereka, jika salah tegur secara elok.

Jangan sombong dengan menganggap guru seperti mesin yang layak ‘diketuk-ketuk’ jika tidak berfungsi seperti kehendak kita.

Guru bukan semata-mata bekerja kerana gaji tetapi mereka melakukan amal jariah dengan memberikan ilmu bermanfaat kepada ribuan manusia, malah martabat kemuliaan mereka juga disebut Allah dalam al-Quran dan turut disabdakan oleh Rasulullah SAW.

“Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad) melainkan beberapa orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui,” (Surah al-Anbia, ayat 7)

“Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, pahala amalannya terputus kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya,” - Riwayat Tirmizi.

Tanggal 16 Mei setiap tahun negara menyambut Hari Guru. Pelbagai acara disambut bagi meraikan insan mulia itu, tidak dikira lagi ucapan demi ucapan diterima dalam pelbagai platform media sosial. Alhamdulillah kesedaran untuk menghargai semakin meningkat.

Oleh itu, Dimensi kali ini mencadangkan agar kerajaan melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Isytiharkan tarikh istimewa itu sebagai cuti umum rakyat Malaysia. Pasti ramai bakal melontarkan pelbagai komentar dan polemik. Ambil input daripadanya, tapis, saring dan hadam sebaik mungkin untuk membuat keputusan terbaik.

Guru adalah insan mulia, mereka layak mendapat pengiktirafan tambahan. Kerana tanpa mereka siapalah kita ini.

Sumber: Utusan Online




Demikianlah Artikel Isytihar Hari Guru sebagai cuti umum?

Sekianlah artikel Isytihar Hari Guru sebagai cuti umum? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isytihar Hari Guru sebagai cuti umum? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/isytihar-hari-guru-sebagai-cuti-umum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :