HAD UMUR BELI, JUAL ROKOK DINAIK KEPADA 21 TAHUN

HAD UMUR BELI, JUAL ROKOK DINAIK KEPADA 21 TAHUN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HAD UMUR BELI, JUAL ROKOK DINAIK KEPADA 21 TAHUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HAD UMUR BELI, JUAL ROKOK DINAIK KEPADA 21 TAHUN
link : HAD UMUR BELI, JUAL ROKOK DINAIK KEPADA 21 TAHUN

Baca juga


HAD UMUR BELI, JUAL ROKOK DINAIK KEPADA 21 TAHUN


rokok


Putrajaya - Had umur membeli dan menjual rokok akan dinaikkan kepada 21 tahun dengan pengubalan undang-undang baharu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata peraturan itu akan dilaksanakan dalam Akta Kawalan Tembakau dan Merokok (termasuk rokok elektronik) yang drafnya kini disediakan.

Menurutnya, akta yang akan menggantikan Akta Makanan 1983 berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau itu yang mengandungi larangan pembelian dan penjualan rokok bagi mereka yang berumur 21 tahun ke bawah, akan dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Jika sebelum ini, umur 18 tahun dan ke bawah hanya tidak boleh beli rokok tetapi boleh menjual rokok jadi undang-undang baharu ini nanti akan memperketatkan peraturan ini dengan tidak boleh membeli dan menjual kepada mereka yang berumur 21 tahun ke bawah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Nafas Baru Bulan Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini semalam.

Menjelaskan mengenai had umur itu, Hilmi berkata pada umur sebelum 21 tahun, otak manusia masih dalam peringkat perkembangan dan amalan menghisap rokok boleh menjejaskan perkembangan otak perokok.

Hilmi dalam pada itu berkata program Perkhidmatan Berhenti Merokok (mQuit) yang dijalankan pada tahun lepas mendapati lebih 10,000 perokok tampil mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan untuk berhenti merokok.

"Hasilnya pada tahun lalu, 27 peratus daripada jumlah perokok yang mendapatkan rawatan melalui mQuit telah berjaya berhenti merokok," katanya.




Demikianlah Artikel HAD UMUR BELI, JUAL ROKOK DINAIK KEPADA 21 TAHUN

Sekianlah artikel HAD UMUR BELI, JUAL ROKOK DINAIK KEPADA 21 TAHUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HAD UMUR BELI, JUAL ROKOK DINAIK KEPADA 21 TAHUN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/had-umur-beli-jual-rokok-dinaik-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :