EXCO PAS KEKAL DI SELANGOR

EXCO PAS KEKAL DI SELANGOR - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul EXCO PAS KEKAL DI SELANGOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : EXCO PAS KEKAL DI SELANGOR
link : EXCO PAS KEKAL DI SELANGOR

Baca juga


EXCO PAS KEKAL DI SELANGOR


Tiga exco Pas kekal hingga Dun Selangor bubar
Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM - Pas Selangor mengekalkan khidmat tiga exconya dalam pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan, walaupun Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik dengan PKR.

Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu, Sallehen Mukhyi berkata, khidmat tiga exco itu perlu  dikekalkan kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU14.

"Namun, Pas Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan hubungan politik Tahaluf Siyasi antara Pas dan PKR telah terbatal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi serta Zaidy Abdul Talib yang menyandang Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Susulan keputusan Majlis Syura Ulama, Sallehen berkata Pas Selangor tidak akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR sebaliknya mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya bagi menghadapi PRU akan datang.

"Bagaimanapun, demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU13, Pas Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri Selangor sehinggalah tamat penggalnya nanti," katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga exco Pas terbabit tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksi mereka.

Kerajaan Selangor dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga Pas.

Majlis Syura Ulama Pas hari ini sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan Tahaluf Siyasi dengan PKR secara serta merta.

Setiausaha majlis itu Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara kedua-dua parti yang terjalin sejak sekian lama.

Keputusan majlis berkenaan sememangnya dijangkakan selepas Muktamar Pas Ke-63 bulan lepas meluluskan usul supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan apabila PKR dilihat tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka. - Bernama


Demikianlah Artikel EXCO PAS KEKAL DI SELANGOR

Sekianlah artikel EXCO PAS KEKAL DI SELANGOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel EXCO PAS KEKAL DI SELANGOR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/exco-pas-kekal-di-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :