DAP TEMPELAK WAN AZIZAH !

DAP TEMPELAK WAN AZIZAH ! - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP TEMPELAK WAN AZIZAH !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP TEMPELAK WAN AZIZAH !
link : DAP TEMPELAK WAN AZIZAH !

Baca juga


DAP TEMPELAK WAN AZIZAH !

Rupa-rupanya, temu bual Wan Azizah bersama Al Jazeera telah menjadi polemik baru yang menunjukkan betapa rapuhnya kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan.


Ketua Pembangkang itu tidak menolak kemungkinan undang-undang hudud dilaksanakan di Malaysia.

Kenyataan Wan Azizah itu bagaimana pun telah dikritik oleh ahli politik, Zaid Ibrahim yang mengatakan bahawa Wan Azizah tidak berani menjawab soalan berhubung hudud.
"Pemimpin Islam dalam Pakatan (kecuali Mahathir Mohamad) sentiasa takut menjawab soalan mengenai hudud. Wan Azizah ialah seorang daripadanya,” tulisnya dalam Twitter.
Kelantangan ahli politik DAP ini tidak mengejutkan kerana parti cauvinis DAP memang tidak menyokong perlaksanaan Hudud, membantah keras memperkasakan undang-undang syariah dan usul pemindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Ada yang berkata bahawa cara Wan Azizah menjawab soalan pada sesi soal jawab itu membayangkan beliau tidak membincangkan pendiriannya mengenai hudud dalam majlis pimpinan pakatan Harapan.

Ianya juga menunjukkan majlis pimpinan pakatan pembangkang itu tidak mempunyai pendirian bersama ketika hudud dijangka bakal menjadi isu penting.

Ironinya, Keadilan Daily lidah rasmi PKR tidak berani untuk menyiarkan jawapan Wan Azizah tentang isu Hudud ini dan tindakan menyembunyikan isu ini amat memalukan.

Sebaliknya, Kedailan Daily melaporkan kenyataan Wan Azizah yang mendakwa kononnya berlaku manipulasi proses pilihan raya yang tidak mengikut perlembagaan oleh pihak BN.

Padahal, jika benarlah berlaku manipulasi proses pilihan raya, Wan Azizah tidak akan menang kerusi parlimen dan kerusi DUNnya. Malah, Pembangkang tidak mungkin akan menang negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Rakyat juga dapat membaca permainan kotor pembangkang ini yang memain-mainkan isu recycle 'manipulasi proses pilihanraya' ini terutamanya menjelang pilihanraya.

Selain daripada 'manipulasi' ini, rakyat tidak pernah lupa dengan fitnah pembangkang yang mendakwa kononnya seramai 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia  sebelum PRU13 untuk mengundi.

Hairan kerana masih ada lagi percaya dengan fitnah recycle puak pembangkang ini dan penulis percaya akan dimainkan sekali lagi oleh pembangkang menjelang PRU14 kelak.

Dan bercakap tentang 'pengundi hantu', parti cauvinis DAP malu besar apabila mereka sendiri terpalik isu warga asing ini apabila wakil rakyat DAP Dr Ting Tiong Choon telah dilucutkan jawatan anggota DUN kawasan Pujut pada persidangan DUN  kerana Ting mempunyai 2  kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

DAP yang malu besar itu juga untuk menegak benang yang basah dengan bercadang untuk melawan keputusan DUN Sarawak di mahkamah.

Padahal kita sedia maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan memberikan hak keistimewaan kepada Parlimen dan DUN untuk memastikan badan legislatif tidak tunduk di bawah badan-badan lain dan bagi menjamin kebebasan anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri dalam menunaikan tanggungjawab mereka.

Realitinya, kuasa membuat keputusan sama ada seseorang ADUN hilang kelayakan menjadi ahli ialah kuasa eksklusif dan keistimewaan DUN. Peruntukan ini jelas termaktub dalam Perkara 17 dan 19 Perlembagaan Negeri sarawak.
Perkara 17(1) (b) dan (g) menyatakan bahawa seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli DUN jika dia seorang bankrap belum lepas, atau telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan negara lain, menggunakan hak kewarganegaraan negara lain atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara lain.
Keputusan tentang kehilangan kelayakan menjadi ADUN hanya boleh dibuat oleh DUN tersebut. Perkara 19 Perlembagaan Negeri Sarawak menyatakan bahawa jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli telah hilang kelayakan untuk menjadi ADUN, maka Dewan itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad.

Realitinya, pakatan pembangkang tidak pernah bersetuju dengan beberapa isu penting yang turut menjadi persoalan rakyat dan penyokong-penyokongnya.

Selain daripada isu Hudud ini, mereka masih gagal untuk menyakinkan rakyat tentang calon Perdana Meneteri pilihan mereka.

Isu calon Perdana Menteri ini telah menjadi bahan perbualan rakyat dan menjadi tembok penghalang untuk rakyat percaya kepada Pakatan Pembangkang. Mana mungkin sesebuah pakatan parti politik tidak dapat menamakan calon Perdana Menteri, satu asas yang sangat penting di dalam sesebuah pakatan parti politik.

Malah kenyataan ahli politik DAP yang menempelak Wan Azizah sebagai penakut boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati beliau sebagai Ketua Pembangkang. Dan seperti biasa, dinasti Lim DAP akan membiarkan cacai mereka yang mengkritik isteri Anwar Ibrahim dan bukannya mereka sendiri. Mereka hanya akan cuci tangan sahaja.




Demikianlah Artikel DAP TEMPELAK WAN AZIZAH !

Sekianlah artikel DAP TEMPELAK WAN AZIZAH ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP TEMPELAK WAN AZIZAH ! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/dap-tempelak-wan-azizah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :