Judul : Barisan exco Selangor satus quo - Istana Selangor
link : Barisan exco Selangor satus quo - Istana Selangor
Barisan exco Selangor satus quo - Istana Selangor
Malaysiakini 17/5/17
Kedudukan barisan exco kerajaan negeri Selangor masih status quo sehingga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, setakat ini, baginda tidak menerima maklumat secara rasmi berkenaan kedudukan tiga exco PAS itu.
Beliau mengulas soalan apakah Sultan Selangor sudah dimaklumkan mengenai kedudukan exco kerajaan negeri Selangor rentetan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Azmin kini di Belgium atas urusan rasmi dan dijangka pulang Ahad ini. Beliau juga tidak hadir pada mesyuarat Biro Politik PKR malam semalam yang memutuskan kedudukan exco PAS dalam kerajaan negeri akan hanya dibuat sekembalinya dari lawatan rasmi ke luar negara.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, hanya Sultan Selangor boleh mengarahkan ketiga-tiga exco PAS berkenaan meletakkan jawatan.
Beliau dilaporkan berkata, Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib akan kekal memegang jawatan selagi diperkenan sultan.
Kedudukan exco PAS dalam kerajaan negeri menjadi persoalan apabila PAS pada muktamarnya pada Apri lalu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Demikianlah Artikel Barisan exco Selangor satus quo - Istana Selangor
Sekianlah artikel Barisan exco Selangor satus quo - Istana Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Barisan exco Selangor satus quo - Istana Selangor dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/barisan-exco-selangor-satus-quo-istana.html