40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun

40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun
link : 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun

Baca juga


40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun

rasuah
SEKURANG-kurangnya 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun akibat terbabit dalam gejala rasuah.

Ini dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam yang menegaskan tidak teragak-agak akan terus mengenakan tindakan keras terhadap mana-mana pegawainya yang didapati bersalah menerima suapan.

"Selepas dilantik ketua pengarah, saya telah mengemaskinikan pengurusan Jabatan Kastam terutama dalam usaha membanteras gejala rasuah dan penyelewengan.  Saya mengakui terdapat kelemahan dari segi proses penguatkuasaan dalam Jabatan Kastam. 

"Bagaimana pun, saya akan cuba meneliti sistem dan proses ini agar dapat mengesan mana-mana pegawai yang cuba mengambil kesempatan menerima rasuah dan mana-mana individu yang cuba melakukan aktiviti penyeludupan," kata Subromaniam ketika ditemu bual oleh Oriental Daily. 

Menurut beliau, pihak kastam akan memastikan setiap barangan diimport atau dieksport perlu mempunyai rekod yang jelas dan nama pegawai yang bertanggungjawab meluluskan kemasukan dan pengeluaran barangan berkenaan.
"Dalam Jabatan Kastam memang ada pegawai yang terbabit rasuah. Tetapi itu hanya segelintir sahaja. Disebabkan 'epal busuk' inilah menyebabkan nama kastam tercemar," ujarnya.

Katanya, Jabatan Kastam turut melakukan perubahan tempat bertugas terhadap seseorang pegawai setiap tahun bagi melicinkan gerak kerja.
"Kami tidak akan membiarkan seseorang pegawai berada di sesuatu lokasi yang sama untuk tempoh yang panjang. Sekiranya beliau ditugaskan selama 10 tahun di lokasi yang sama, beliau tentu akan rasa terlalu selesa di situ," katanya. 

Subromaniam, 58, yang sebelum ini memegang jawatan timbalan ketua pengarah kastam (pematuhan/penguatkuasaan) dinaikkan pangkat sebagai ketua pengarah kastam kira-kira dua bulan yang lalu bagi menggantikan Datuk Seri Khazali.
Sinar Harian


Demikianlah Artikel 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun

Sekianlah artikel 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 40 pegawai kastam dibuang kerja setiap tahun dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/40-pegawai-kastam-dibuang-kerja-setiap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :