WANITA ASING, 2 LELAKI SINDIKET WANG PALSU DITAHAN

WANITA ASING, 2 LELAKI SINDIKET WANG PALSU DITAHAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WANITA ASING, 2 LELAKI SINDIKET WANG PALSU DITAHAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WANITA ASING, 2 LELAKI SINDIKET WANG PALSU DITAHAN
link : WANITA ASING, 2 LELAKI SINDIKET WANG PALSU DITAHAN

Baca juga


WANITA ASING, 2 LELAKI SINDIKET WANG PALSU DITAHAN


pdrm


Kuala Lumpur - Seorang wanita warga Thailand dan dua lelaki tempatan ditahan polis di sini semalam kerana disyaki terlibat sindiket pemalsuan wang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata wanita berusia 38 tahun dan lelaki berusia 37 dan 45 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Metro Pudu di sini dalam satu operasi oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Setelah diperiksa, sejumlah 32 keping not RM100 dipercayai palsu ditemukan daripada mereka dan soal siasat lanjut pula membawa kepada penemuan sebuah mesin cetak, peralatan pemotong kertas dan telefon bimbit pelbagai jenama yang disimpan di sebuah rumah di Cheras, katanya ketika dihubungi Bernama.

"Seorang daripada suspek yang ditahan itu dipercayai dalang kegiatan ini," katanya.

Mohamad Roy berkata pada Isnin lepas, seorang daripada suspek dipercayai menggunakan sekeping not RM100 palsu untuk membuat pembayaran di tempat letak kereta di sebuah kompleks membeli-belah di Jalan Metro Pudu di sini. 

"Hasil laporan dan risikan yang dibuat polis, mereka berjaya ditahan," katanya.

Mohamad Roy berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan kerana membuat atau memiliki alat atau benda bagi pemalsuan mata wang kertas, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.




Demikianlah Artikel WANITA ASING, 2 LELAKI SINDIKET WANG PALSU DITAHAN

Sekianlah artikel WANITA ASING, 2 LELAKI SINDIKET WANG PALSU DITAHAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel WANITA ASING, 2 LELAKI SINDIKET WANG PALSU DITAHAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/wanita-asing-2-lelaki-sindiket-wang.html

Subscribe to receive free email updates: