Judul : Video: "Saya Tidak Tahan Lagi' Tertusuk Besi Di Badan
link : Video: "Saya Tidak Tahan Lagi' Tertusuk Besi Di Badan
Video: "Saya Tidak Tahan Lagi' Tertusuk Besi Di Badan
BEIJING: Seorang pekerja buruh mengalami detik-detik mengerikan apabila tertusuk besi di badannya selepas terjatuh dari tingkat satu sebuah bangunan yang dalam pembinaan.Mangsa yang tidak dinamakan itu, bernasib baik selepas besi tebal itu tidak mengenai tulang belakang dan organ penting.
Menurut laporan Mirror, dalam kejadian yang berlaku di Zunyi City, pekerja binaan itu hilang kawalan bekerja di tingkat satu bangunan tersebut sebelum terjatuh.
Rakan-rakannya yang terkejut dengan kejadian itu menenangkan mangsa sebelum sepasukan bomba tiba untuk memotong sebahagian besi tersebut dan membawanya ke hospital.
Di hospital, doktor meminta bantuan bomba untuk memotong besi berkenaan menjadi lebih pendek sebelum menjalankan pembedahan.
Malah ketika besi itu dipotong, lelaki terbabit sempat menjerit, "Saya tidak tahan lagi."
Anggota bomba turut menjirus air untuk menyejukkan besi itu ketika proses pemotongan dilakukan.
Doktor berkata, lelaki itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang komplikasi sepanjang pembedahan mengeluarkan besi berkenaan dilaksanakan.
Keadaan lelaki itu dilaporkan stabil dan kini menjalani proses pemulihan.
Demikianlah Artikel Video: "Saya Tidak Tahan Lagi' Tertusuk Besi Di Badan
Sekianlah artikel Video: "Saya Tidak Tahan Lagi' Tertusuk Besi Di Badan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video: "Saya Tidak Tahan Lagi' Tertusuk Besi Di Badan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/video-saya-tidak-tahan-lagi-tertusuk.html