Judul : TS Annuar Musa Beri Sejam Keterangan Kepada Audit Dalaman MARA Berkenaan Isu TRW
link : TS Annuar Musa Beri Sejam Keterangan Kepada Audit Dalaman MARA Berkenaan Isu TRW
TS Annuar Musa Beri Sejam Keterangan Kepada Audit Dalaman MARA Berkenaan Isu TRW
TS Annuar Musa pagi ini sekitar 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhubung isu dakwaan penyelewengan pengiklanan kepada pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warrior (TRW), di bangunan Ibu Pejabat MARA di Kuala Lumpur.
TS Annuar Musa yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Ketereh berkata, kini terserah kepada pihak MARA untuk buat keputusan atas keterangan yang diberinya. Menurut beliau beliau sudah sekian lama menunggu untuk dipanggil beri keterangan berkenaan selepas diminta bercuti dari jawatan Pengerusi MARA pada 31 Januari lalu.
TS Annuar berpuas hati dengan perjumpaan pagi ini dan beliau turut menafikan terlibat dalam proses rundingan pakej komersial Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk syarikat TRW yang menguruskan pengiklanan pasukan bola sepak Kelantan. Menurut beliau, ia semata-mata satu keputusan komersial yang beri banyak kelebihan kepada anak syarikat MARA itu.
Annuar menjelaskan banyak orang yang tidak faham isu sebenar dalam isu penajaan itu hingga timbul pelbagai spekulasi tidak betul. TS Annuar menegaskan tidak pernah menyuruh MARA khasnya PMB untuk menaja atau mengiklan dengan TRW menggunakan bajet penjenamaan dan pemasaran mereka.
Beliau juga berkata tidak terbabit dalam proses memutuskan, rundingan atau mengarah, jauh sekali menggunakan dana pendidikan MARA untuk membeli pakej komersial berkenaan. TS Annuar turut menegaskan beliau tidak terlibat dengan dakwaan memaksa menggunakan dana pendidikan MARA untuk membantu pasukan bola sepak Kelantan.
Jawatankuasa Audit Dalaman MARA itu dipengerusikan oleh Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin dihadiri serta Ahli Majlis MARA iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Ariss Shamsudin serta wakil Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kewangan.
TS Annuar turut mendedahkan antara isu yang diperjelaskan ialah jumlah bayaran pakej jumlah bayaran pakej komersial ditawarkan TRW kepada PMB berjumlah RM200,000 yang jauh lebih rendah berbanding pakej asal mencecah lebih RM1 juta. Tambahnya, nilai pakej komersial TRW yang dibeli UniKL dan PMB jauh lebih rendah berbanding nilai dikenakan kepada syarikat lain.
Demikianlah Artikel TS Annuar Musa Beri Sejam Keterangan Kepada Audit Dalaman MARA Berkenaan Isu TRW
Sekianlah artikel TS Annuar Musa Beri Sejam Keterangan Kepada Audit Dalaman MARA Berkenaan Isu TRW kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TS Annuar Musa Beri Sejam Keterangan Kepada Audit Dalaman MARA Berkenaan Isu TRW dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/ts-annuar-musa-beri-sejam-keterangan.html