Judul : @TonyPua Berbohong DAP Tidak Pernah Membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Di Parlinen
link : @TonyPua Berbohong DAP Tidak Pernah Membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Di Parlinen
@TonyPua Berbohong DAP Tidak Pernah Membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Di Parlinen
Dalam rakaman khas beliau bagi mengutuk pembentangan huraian Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, DS Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata:
"Now, every opposition (member) has the right to table a private member’s bill or opposition’s motion, but the question is, in the history of Malaysia, never has such motions been allowed to get onto the floor. In normal parliamentary democracies, yes, opposition members’ bills actually get the chance to be heard on the floor, but not in Malaysia."
Manakala dalam catatan di laman sosial Facebook beliau Khamis lalu juga Tony Pua menyebut:
"Opposition motions and bills have never made it to the House Floor for debate in the history of Malaysian Parliament, because BN controls what gets tabled, in collusion with the House Speaker."
Hakikatnya, berdasarkan sejarah Parlimen Malaysia, sudah banyak kali Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang dibenar bukan sahaja untuk dibentangkan, malah untuk dibahaskan dan diundi juga. Pada Isnin, 24 Oktober 1977, tiga Rang Undang-Undang Persendirian dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen DAP, iaitu Ngan Siong Hing (Kinta) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka).
Dua Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Ngan Siong Hing serta yang dibahaskan dan diundi dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Rang Undang-Undang Persendirian untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minima, 1977.
Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Lim Kit Siang serta yang dibahaskan dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara, 1973. Perbahasan dan pengundian ke atas Rang Undang-Undang Persendirian ini diteruskan pada Selasa, 25 Oktober 1977.
Dapatkan fakta-fakta yang betul Tony Pua sebelum memperbodohkan diri sendiri!
Demikianlah Artikel @TonyPua Berbohong DAP Tidak Pernah Membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Di Parlinen
Sekianlah artikel @TonyPua Berbohong DAP Tidak Pernah Membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Di Parlinen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel @TonyPua Berbohong DAP Tidak Pernah Membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Di Parlinen dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/tonypua-berbohong-dap-tidak-pernah.html