Judul : Timbang jika bukan Islam mahu berniaga waktu Maghrib
link : Timbang jika bukan Islam mahu berniaga waktu Maghrib
Timbang jika bukan Islam mahu berniaga waktu Maghrib
Sinar Harian20 April 2017
Abdul Fattah (kiri) memberi penerangan kepada media di Kompleks Kota Darulnaim, disini.
KOTA BHARU - Kerajaan negeri sedia pertimbangkan jika ada peniaga bukan Islam mahu berniaga di waktu solat Maghrib mengikut kawasan majoriti kaum tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, walau bagaimanapun pihaknya berharap agar penguatkuasaan arahan itu boleh diikuti oleh peniaga bukan Islam bagi memberi keselesaan kepada pembeli.
"Kalau ada yang mahu berniaga juga (bukan Islam), kita akan pertimbangkan. Itu pun mengikut kawasan pasar malam tersebut, mungkin majoritinya adalah kaum-kaum dan masyarakat bukan Islam. Maka pembelinya juga bukan Islam," katanya kepada media dalam satu sidang media di Kompleks Kota Darulnaim, disini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tutup kedai 10 minit: Negeri lain patut ikut Kelantan]
Abdul Fattah berkata, pertemuan beliau bersama masyarakat bukan Islam sebelum ini juga mendapat input positif memandangkan mereka sudah dibiasakan dengan penguatkuasaan arahan tersebut sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Terdahulu, Abdul Fattah menjelaskan arahan memberhentikan perniagaan di waktu Maghrib itu akan diperluaskan di seluruh negeri Kelantan selepas ini.
Kenyataan itu mengundang kritikan beberapa pihak termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyifatkan langkah itu melanggar hak asasi.
Justeru, ahli DAP itu bakal mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan Kelantan.
Demikianlah Artikel Timbang jika bukan Islam mahu berniaga waktu Maghrib
Sekianlah artikel Timbang jika bukan Islam mahu berniaga waktu Maghrib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Timbang jika bukan Islam mahu berniaga waktu Maghrib dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/timbang-jika-bukan-islam-mahu-berniaga.html