[TERSALAH SORAK] Orang PAS di Kg TERKELIRU ingat RUU355 TERUS TERPINDA dengan Usul Hadi jika Dewan Lulus

[TERSALAH SORAK] Orang PAS di Kg TERKELIRU ingat RUU355 TERUS TERPINDA dengan Usul Hadi jika Dewan Lulus - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TERSALAH SORAK] Orang PAS di Kg TERKELIRU ingat RUU355 TERUS TERPINDA dengan Usul Hadi jika Dewan Lulus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TERSALAH SORAK] Orang PAS di Kg TERKELIRU ingat RUU355 TERUS TERPINDA dengan Usul Hadi jika Dewan Lulus
link : [TERSALAH SORAK] Orang PAS di Kg TERKELIRU ingat RUU355 TERUS TERPINDA dengan Usul Hadi jika Dewan Lulus

Baca juga


[TERSALAH SORAK] Orang PAS di Kg TERKELIRU ingat RUU355 TERUS TERPINDA dengan Usul Hadi jika Dewan Lulus


Malam tadi kawan aku whatsapp dalam group "PAS Cawangan ..." bersorak riang kerana akhirnya Hadi dapat peluang untuk bentang usul persendirian RUU355 akhirnya.

Islam telah berjaya diangkat oleh PAS. Perjuangan PAS selama ini telah berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi mengikut syariat Islam.

Aku nak share satu komen yang baik dari rakan yang juga dalam group tersebut yang buat pengikut Pas yang bersemangat gembira itu TERKEDU dan TERDIAM dan terus blah.

PERTAMA, ini bukan peluang pertama Hadi untuk bentang usul persendirian RUU355. Sebelum ini Hadi pernah diberi peluang bentang di Dewan Rakyat tetapi Hadi mengambil keputusan untuk menangguhkan pembentangan beliau.

KEDUA, Usul persendirian Hadi bukan bukan apa-apa. Akta 355 TIDAK AKAN TERPINDA dengan usul persendirian Hadi itu

Habis kenapa perlunya Hadi bawa usul persendirian itu? Apakah kaedah pindaan Akta di Parlimen?

Seorang kawan aku yang pernah bertugas sebagai pegawai Kerajaan di Parlimen yang sekarang telah berpinda ke Kementerian lain bagi tahu bahawa pindaan sesuatu akta perlu dibawa oleh Kerajaan.

Sebagai contoh, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) ini jika mahu dipinda, maka penasihat undang-undang (PUU) dan Bahagian tertentu di JAKIM akan mengadakan mesyuarat berbincang apakah pindaan yang akan dibuat dan kenapa? Mereka akhirnya akan menyediakan draf pindaan Akta tersebut.

Seterusnya JAKIM akan membuat Memorandum Jemaah Menteri (MJM) untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan ahli mesyuarat adalah Menteri-Menteri. Setelah diluluskan, barulah draf tersebut dihantar kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan pindaan. Setelah Jabatan Peguam Negara meluluskan draf tersebut, barulah ia dicetak oleh Percetakan Nasional sebagai "Blue Bill"

Setelah ada blue bill, Menteri yang jaga JAKIM kalau sekarang Jamil Khir lah, akan hantar notis kepada Setiausaha Dewan Rakyat, sekarang Dato' Rosmi untuk membawa pindaan itu ke Dewan Rakyat. Cadangan pindaan tu akan dinamakan sebagai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2017). Tahun 2017 tu jika masuk Dewan Rakyat pada tahun ini lah. Kenapa nama rang undang-undang? kenapa tak sebut Akta? Semasa dalam proses di Parlimen semua akta sama ada baru nak digubal atau nak dipinda akan dikenali sebagai Rang Undang-Undang atau RUU. Setelah diwartakan baru dinamakan AKTA.

OOO, sebab tu lah dipanggil RUU355. Kenapa 355 pulak? itu nombor pewartaan akta tersebut lah.

Aku sambung balik.

Setelah Setiausaha Dewan Rakyat setuju RUU yang nak dipinda tu, maka Parlimen akan minta blue bill RUU yang dicetak tadi dihantar kepada Parlimen untuk diedarkan kepada Ahli Yang Berhormat.

Dewan Rakyat juga akan memasukkan RUU yang nak dibawa oleh Jamil Khir tadi dalam Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat (AUM) dalam kategtori BACAAN KALI PERTAMA. Pada hari itu Menteri akan baca tajuk RUU tu saja.

Selepas hari itu, untuk BACAAN KALI KEDUA, sekali lagi perlu merujuk kepada AUM Dewan Rakyat. Jika tersenarai pada hari-hari yang lain mengikut kedudukan keutamaan urusan Kerajaan, maka Jamil Khir perlu bersedia membentangkan pindaan tersebut. Setelah dibentang, maka ia terbuka untuk di bahas diperingkat Dasar dan peringkat Jawatankuasa.

Maka, berbahaslah Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai RUU ini. Menteri akan terus menjawab kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh MP sejurus orang terakhir berbahas selesai dan tiada lagi MP yang mahu berbahas.

Setelah lulus BACAAN KALI KEDUA, maka menteri akan buat BACAAN KALI KETIGA yang hanya membacakan tajuknya.

Setelah lulus di Dewan Rakyat, setiausaha Dewan Rakyat akan kemukakan kepada Dewan Negara pula, begitu juga di Dewan Negara, usul pindaan RUU itu juga akan dibahas. Setelah lulus di Dewan Negara, maka RUU akan diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuan pewartaan.

Sesudah warta, barulah selesai.

Habis kenapa perlunya Hadi bawa usul persendirian? sampai buat Himpunan RUU355 di Padang Merbok?

Kenapa tidak Kerajaan je terus bawa macam biasa?

Kerajaan BN terdiri daripada parti komponen yang banyak dan ada antaranya adalah parti kafir seperti MCA dan MIC.

Semua kita tahu parti kafir tidak setuju pindaan RUU355 atas pelbagai alasan. Dah orang kafir lah katakan. Mereka ni tak "takut" kat Najib. Tak macam zaman Tun Mahathir dulu.

Dalam hal ini Kerajaan BN Najib mungkin TIDAK MAMPU untuk menjelaskan kepada kafir-kafir dalam BN untuk bersetuju. Masa zaman Tun dulu, RUU ni pernah dipinda dan kafir-kafir semua diam saja.

Zaman Najib ni, kafir-kafir ni hamla dan berani melawan najib. Sekarang kan nak PRU14, Najib pun goyang jugak kalau MCA, MIC buat hal apatah lagi Sabah Sarawak pun menentang. Itu kan fix deposit Najib.

Dalam hal ini Kerajaan BN pimpinan Najib pun TIADA KEPUTUSAN sama ada ingin menyokong atau menentang cadangan pindaan RUU355.

Akhirnya jalan selamat ialah beri peluang kepada PAS cadang dulu pindaan itu di Parlimen.

PERLU DIINGAT,  tujuan usul Hadi itu sebenarnya untuk melihat reaksi dan mendapat kesepakatan ahli Parlimen meminda Akta 355 dulu. RUU persendirian (Abdul Hadi) bukan untuk meminda, tetapi mencadangkan agar pindaan dibuat terhadap Akta 355,” kata Nasrudin, Ketua Penerangan PAS.

Jika diluluskan usul Hadi itu, maka cadangan pindaan RUU akan dipulangkan semula kepada pihak kerajaan untuk diangkat sebagai RUU kerajaan. Seperti yang aku jelaskan kat atas tadi panjang lebar untuk pindaan RUU.

Maknanya nak "TEST MARKET" la ni. jadi nak bersorak pun, berpada-pada lah dulu. Jangan dok melompat riang macam sudah terpindanya Akta itu. Adui





Demikianlah Artikel [TERSALAH SORAK] Orang PAS di Kg TERKELIRU ingat RUU355 TERUS TERPINDA dengan Usul Hadi jika Dewan Lulus

Sekianlah artikel [TERSALAH SORAK] Orang PAS di Kg TERKELIRU ingat RUU355 TERUS TERPINDA dengan Usul Hadi jika Dewan Lulus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TERSALAH SORAK] Orang PAS di Kg TERKELIRU ingat RUU355 TERUS TERPINDA dengan Usul Hadi jika Dewan Lulus dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/tersalah-sorak-orang-pas-di-kg.html

Subscribe to receive free email updates: