[TEMERLOH] BINA 25 UNIT RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

[TEMERLOH] BINA 25 UNIT RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] BINA 25 UNIT RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] BINA 25 UNIT RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA
link : [TEMERLOH] BINA 25 UNIT RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

Baca juga


[TEMERLOH] BINA 25 UNIT RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

Bina 25 unit RMR1M di Temerloh



Kerajaan memberikan subsidi berjumlah hampir RM800,000 bagi membina 25 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di bawah program rumah mampu milik dilaksanakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi kawasan Parlimen Temerloh, tahun ini.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, daripada jumlah itu kerajaan menanggung subsidi pembinaan RM500,000 untuk kesemua rumah tersebut dan subsidi kadar keuntungan pinjaman berjumlah RM296,000.

Menurutnya, itu bermakna kerajaan memberikan subsidi berjumlah RM796,000 bagi membina dan menyejahterakan 25 keluarga yang menerima bantuan pembinaan rumah di bawah program itu untuk Parlimen Temerloh tahun ini.

“Rumah berharga RM65,000 ini dibina atas kelayakan pemohon yang mempunyai gaji di bawah RM3,000 seisi rumah dan hampir separuh daripada jumlah itu iaitu RM31,000 ditanggung kerajaan.

“Setiap unit rumah kerajaan menanggung subsidi pembinaan RM20,000 dan subsidi kadar keuntungan pinjaman bernilai lebih RM11,000,” katanya sewaktu merasmikan majlis Penyerahan Sijil Kelayakan dan Inden Kerja RMR1M peringkat Parlimen Temerloh di sini kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.

Mohd Sharkar berkata, pembeli yang layak hanya membayar lebihan daripada jumlah itu berserta baki kadar keuntungan pinjaman masing-masing dan boleh menduduki rumah sendiri yang lebih selesa dan sempurna.

Beliau berkata, sejak dilaksanakan pada 2002, sebanyak 762 permohonan pembinaan RMR1M bagi Parlimen Temerloh dan daripada jumlah itu, permohonan 270 pemohon diluluskan.

Menurutnya, sejak 15 tahun lalu, 244 unit RMR1M siap dibina di kawasan Parlimen Temerloh, 25 unit dalam peringkat pembinaan, satu dalam peringkat dokumen dan 244 permohonan dalam senarai menunggu.

Mohd Sharkar juga menasihatkan 11 kontraktor yang dipilih SPNB untuk menyiapkan 25 unit rumah tersebut supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

Sementara itu, Ahmad Azizi menyarankan kontraktor dan pemohon yang diluluskan permohonan membina rumah itu supaya sentiasa berhubung untuk memastikan kelancaran pembinaan rumah masing-masing.


Sumber




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] BINA 25 UNIT RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA

Sekianlah artikel [TEMERLOH] BINA 25 UNIT RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] BINA 25 UNIT RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/temerloh-bina-25-unit-rumah-mesra.html

Subscribe to receive free email updates: