Tahniah Cikgu Suraya!

Tahniah Cikgu Suraya! - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahniah Cikgu Suraya!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahniah Cikgu Suraya!
link : Tahniah Cikgu Suraya!

Baca juga


Tahniah Cikgu Suraya!

Foto via Hmetro
Johor Bahru: Keikhlasan guru disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri Masai memberi perlindungan terhadap anak muridnya yang kurang bernasib baik mendapat penghargaan selepas menerima Anugerah Khas Sikap Prihatin dan Sumbangan Dalam Kemenjadian Murid, hari ini.

Guru berkenaan, Suraya Abdul Rahim, 38, memperoleh anugerah berkenaan yang disampaikan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharudin Sharif sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM, STAM dan STPM 2016 di Jabatan Pendidikan Negeri Johor hari ini.

Anugerah khas itu susulan usaha murni guru lukisan kejuruteraan dan matematik itu dalam membantu pelajar, Farah Marcella Bandie, 18, hingga mencapai kecemerlangan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan sebelum ini.

Malah Fara Marcella sebelum ini pernah dibuang sekolah ketika di tingkatan empat akibat masalah kehadiran, namun mendaftar kembali dan melanjutkan persekolahan pada tingkatan lima atas inisiatif diri.

Bagaimanapun dia yang tidak hadir ke sekolah hampir dua bulan mendapat suntikan semangat daripada guru disiplin berkenaan yang menawarkan tempat tinggal bersamanya untuk menduduki SPM.

Kisah keluarga berkenaan dikongsikan menerusi laman sosial berikutan kedaifan hidup pelajar berkenaan selepas terpaksa berkeja di warung burger, selain ibu serta enam adik beradiknya menumpang di pusat snuker di Masai.

jobs from my.neuvoo.com


Demikianlah Artikel Tahniah Cikgu Suraya!

Sekianlah artikel Tahniah Cikgu Suraya! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahniah Cikgu Suraya! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/tahniah-cikgu-suraya.html

Subscribe to receive free email updates: