Judul : SERAH SUSPEK KALAU MAHU SIASATAN TELUS
link : SERAH SUSPEK KALAU MAHU SIASATAN TELUS
SERAH SUSPEK KALAU MAHU SIASATAN TELUS
Subang Jaya - “Jika kerajaan Korea Utara mahukan siasatan telus, mereka digesa beri kerjasama dan serahkan empat rakyat negaranya yang melarikan diri selepas insiden pembunuhan Kim Jong-nam,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kes kematian abang pemimpin Korea Utara itu, meskipun mayat mendiang sudah dihantar pulang.
“Kita mohon pihak berkuasa Korea Utara serahkan empat suspek yang dipercayai sudah lari ke Pyongyang selepas kejadian.
“Kita akan tunggu untuk tahan suspek walaupun ambil masa setahun…kita boleh tunggu tiada masalah,” katanya memaklumkan polis memperoleh ‘notis merah’ daripada Interpol bagi penangkapan kesemua suspek yang dikenalpasti.
Khalid sebelum itu berkata, polis sudah merakam keterangan tiga individu di bangunan Kedutaan Korea Utara di Malaysia sebelum kesemua mereka dibenarkan meninggalkan negara ini.
Menurutnya, polis sudah memperoleh apa yang diperlukan dan berpuas hati dengan keterangan diberikan mereka.
“Awal dulu saya ada nyatakan mahu mereka bantu siasatan kerana turut kelihatan di beberapa lokasi dalam CCTV di lokasi kejadian.
“Mereka sudah beri penjelasan dan kita berpuas hati dengannya...Jadi kita benarkan mereka keluar, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak juga sudah umum benarkan warga Korea Utara meninggalkan negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Minum Petang Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia bersama Ketua Polis Negara, di sini, petang semalam.
Mengulas lanjut mengenai mayat Jong-nam, Khalid berkata, pihaknya sudah ‘selesai’ dengannya selepas bedah siasat dilakukan dan diserahkan kepada warisnya.
Dalam pada itu, Khalid turut menafikan laporan media antarabangsa yang mendakwa pihaknya tersalah memberi maklumat berkenaan pengesahan identiti Jong-nam dan menyatakan mangsa dari Korea Selatan sebelum ini.
Katanya, pihaknya memaklumkan kepada kedutaan Korea Utara berkenaan kejadian tersebut dan pihak itu menyatakan mangsa adalah Jong-nam.
Bagaimanapun pihak itu menafikannya keesokan harinya dan memberitahu mangsa adalah Kim Chol.
Demikianlah Artikel SERAH SUSPEK KALAU MAHU SIASATAN TELUS
Sekianlah artikel SERAH SUSPEK KALAU MAHU SIASATAN TELUS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SERAH SUSPEK KALAU MAHU SIASATAN TELUS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/serah-suspek-kalau-mahu-siasatan-telus.html