‘SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAIK MUNGKIN'

‘SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAIK MUNGKIN' - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAIK MUNGKIN', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAIK MUNGKIN'
link : ‘SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAIK MUNGKIN'

Baca juga


‘SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAIK MUNGKIN'


Hishammuddin Tun Hussein


Kuala Lumpur - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau sedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pelantikan itu meliputi peranan dalam pelbagai bidang mengikut keperluan semasa dan disifatkan sebagai satu penghormatan dan kepercayaan yang diberikan perdana menteri.

"Pelantikan ini juga telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan saya akan menemui perdana menteri dalam masa terdekat bagi membincangkan peranan yang ditugaskan.

"Saya berjanji akan memikul tanggungjawab dan portfolio tambahan yang diamanahkan ini sedaya upaya dan sebaik mungkin," katanya pada sidang media selepas bermesyuarat dengan Penasihat kepada Raja Arab Saudi Sheikh Dr Mohamed Abdul Kareem Al-Issa di Wisma Pertahana di sini, semalam.

Mengenai mesyuarat selama sejam itu, Hishammuddin berkata beliau dan Sheikh Dr Mohamed Abdul Kareem yang juga Ketua Setiausaha Liga Muslim Dunia membincangkan mengenai penubuhan King Salman Centre for International Peace (KSCIP) atau Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di negara ini.

Hishammuddin berkata perbincangan itu meliputi pendekatan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi berhubung KSCIP dalam usaha menangani ancaman kumpulan militan khususnya Daesh.

"Kita memerlukan penglibatan pakar akademik daripada universiti dan pihak ketenteraan sendiri untuk menjayakan usaha bagi memperbetul ideologi golongan ekstremis mengenai Islam.

“Arab Saudi serius dan mereka bersetuju untuk melawan keganasan dengan menggabungkan pelbagai elemen seperti kepercayaan, ideologi, mengatasi naratif dan juga campur tangan pelbagai pihak yang bukan sekadar kepada aspek ketenteraan semata-mata,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum menetapkan lokasi KSCIP di negara ini dan akan menggunakan premis sementara untuk beroperasi pada peringkat awal.

Penubuhan KSCIP di negara ini adalah antara hasil utama lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia pada akhir Februari lepas.




Demikianlah Artikel ‘SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAIK MUNGKIN'

Sekianlah artikel ‘SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAIK MUNGKIN' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘SEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB INI SEBAIK MUNGKIN' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/sedia-pikul-tanggungjawab-ini-sebaik.html

Subscribe to receive free email updates: