Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali

Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali
link : Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali

Baca juga


Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali

Kita amat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Presiden Baru Parti Tanpa Rasuah, Ezam Mohamad Noor yang menyaman Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak. Ini adalah kerana dengan berkotak-kotak bukti rasuah yang dikatakan dimiliki oleh Ezam sejak dulu, dakwaan beliau hanyalah bertumpu kepada salinan fitnah yang diperolehi daripada The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report sahaja.

Ezam Mohd Noor tidak mempunyai locus standi untuk menyaman Perdana Menteri walaupun sebagai pembayar cukai. Perdana Menteri tidak mempunyai kaitan secara langsung dalam perjalanan operasi dan perniagaan yang dijalankan oleh 1MDB.

Ini disahkan dalam laporan 106 mukasurat Public Accounts Committee (PAC) Parlimen Malaysia. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen (MP) DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga turut menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh Perdana Menteri bersalah dalam isu 1MDB.

Transaksi usahasama perniagaan 1MDB yang disebut dalam saman Ezam Md Noor adalah transaksi yang sama disebut dalam Kes Saman Sivil DOJ Amerika Syarikat. Namun, 1MDB telah berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang dari transaksi usahasama tersebut.

Sebagai contoh, dalam usahasama bersama Petro Saudi, 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB. 

Tambahan lagi, bebanan yang ditanggung oleh 1MDB sebelum ini adalah berpunca dari masalah pengurusan dan tadbir urus korporat yang lemah oleh pihak pengurusan sebelum ini. Tidak ada sebarang bukti penglibatan, penyalahgunaan kuasa ataupun penyelewengan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Dalam minit mesyuarat yang dikemukan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC, Ahli Lembaga Pengarah 1MDB juga telah bertindak tegas dengan menyoal, memberi teguran dan memberikan arahan kepada pihak pengurusan 1MDB untuk memastikan perjalanan syarikat lebih teratur dan profesional.

Melalui beberapa langkah strategik dan penstrukturan semula, 1MDB telah berjaya membayar kembali kesemua hutang jangka pendeknya. Malah, beberapa hari lalu kita saksikan 8 buah pengkalan udara baru yang lebih moden dan selesa telah hampir siap dibina sepertimana perjanjian 1MDB dengan Kerajaan sebelum ini.

Keseluruhan pembinaan ini menelan belanja hampir RM2.7 billion. Secara logiknya, jika benar 1MDB kehilangan wang sebegitu banyak, ianya tidak akan mampu melaksanakan komitment sebesar ini.

Dan tuntutan Ezam Mohd Noor bahawa beliau sebagai pembayar cukai dan seorang rakyat ‘bakal menanggung kerugian’ adalah tidak berasas sama sekali.



Demikianlah Artikel Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali

Sekianlah artikel Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saman Retorik Ezam Kotak Tidak Berasas Sama Sekali dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/saman-retorik-ezam-kotak-tidak-berasas.html

Subscribe to receive free email updates: