Rupanya kahwin kembar sendiri

Rupanya kahwin kembar sendiri - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rupanya kahwin kembar sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rupanya kahwin kembar sendiri
link : Rupanya kahwin kembar sendiri

Baca juga


Rupanya kahwin kembar sendiri

Sinar Harian
Rupanya kahwin kembar sendiri
Gambar hiasan.
MISSISSIPPI - AMERIKA SYARIKAT. Sepasang suami isteri mengetahui mereka sebenarnya adalah pasangan kembar selepas menjalani rawatan di klinik IVF bagi mendapatkan anak.

Doktor memaklumkan kepada pasangan yang tidak didedahkan identiti itu bahawa mereka adalah kembar biologi selepas memiliki persamaan ketara dalam DNA mereka.
Adik-beradik itu terpisah sejak kecil lagi selepas ibu kandung mereka meninggal dunia dan diserahkan kepada keluarga angkat yang tidak mengetahui antara satu sama lain.

Perkahwinan adik-beradik adalah diharamkan di Mississippi.
Sebaik doktor memberitahu pertalian yang wujud antara kedua pasangan itu, mereka cuba mengingat kembali sejarah hidup masing-masing, lapor Mississippi Herald.

Mereka menyedari bahawa kedua ibu bapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan mereka diserahkan kepada keluarga angkat yang berlainan, malah keluarga angkat tersebut tidak mengetahui mereka mempunyai adik-beradik yang lain.

Pasangan itu bertemu ketika majlis reunion kolej dan mempunyai keserasian, jatuh cinta sebelum berkahwin.
"Mereka tertarik antara satu sama lain kerana persamaan mereka. Mereka merasakan serasi antara satu sama lama.

"Sekiranya mereka tahu kebenaran, mungkin ia tidak akan berdepan situasi sebegini," kata doktor yang turut tidak didedahkan identiti.
"Bagi saya ini ini adalah kes yang sangat luar biasa kerana tugas saya adalah membantu pasangan mendapatkan anak. Ini adalah kes pertama sepanjang kerjaya saya , berdepan dengan situasi ini," katanya.

Akhbar itu melaporkan pasangan yang berkahwin sesama adik beradik di Mississippi adalah salah dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda AS$500. (RM2,197)
Dipercayai, pasangan itu tidak akan berdepan tindakan ekoran tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya adalah adik-beradik.



Demikianlah Artikel Rupanya kahwin kembar sendiri

Sekianlah artikel Rupanya kahwin kembar sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rupanya kahwin kembar sendiri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/rupanya-kahwin-kembar-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :