Judul : Polis benarkan debat diteruskan…tapi bersyarat
link : Polis benarkan debat diteruskan…tapi bersyarat
Polis benarkan debat diteruskan…tapi bersyarat
Debat Dr M-Nazri boleh diteruskan dengan syarat peserta tidak menghasut atau mengganggu keamanan.
PETALING JAYA: Debat antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz akan diteruskan, dengan lampu hijau daripada polis.
Pengasas Kumpulan Media Karangkraf Hussamuddin Yaacub memuatnaik surat kebenaran polis ke Twitter: “Alhamdulillah, surat dari OCPD Shah Alam baru saja diterima. ‘Confirm’ dialog Tun Dr Mahathir vs Datuk Seri Nazri Aziz 7 April 2017.”
Dalam surat itu, ketua polis daerah memberi keizinan kepada penganjur menganjurkan acara itu, dengan syarat memastikan peserta tidak melakukan apa-apa perbuatan membuat apa-apa penyataan yang akan mengganggu ketenteraman.
Karangkraf juga diberitahu agar memastikan debat tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Debat yang pada awalnya dijadualkan pada 25 Mac di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar ditukar ke hari dan tempat lain selepas polis Perak menolak permohonan penganjur kerana lewat menghantar permohonan dan tidaksesuaian kawasan.
Acara ini akan diadakan pada 7 April di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
Dr Mahathir dan Nazri dijangka menyentuh pelbagai topik antaranya sumbangan RM2.6 bilion dalam akaun bank perdana menteri, kontroversi 1Malaysia Development Berhad, dan skandal Bumiputra Malaysia Finance era 1990-an di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
Demikianlah Artikel Polis benarkan debat diteruskan…tapi bersyarat
Sekianlah artikel Polis benarkan debat diteruskan…tapi bersyarat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis benarkan debat diteruskan…tapi bersyarat dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/polis-benarkan-debat-diteruskantapi.html