PM KE TERENGGANU 15, 16 APRIL

PM KE TERENGGANU 15, 16 APRIL - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM KE TERENGGANU 15, 16 APRIL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM KE TERENGGANU 15, 16 APRIL
link : PM KE TERENGGANU 15, 16 APRIL

Baca juga


PM KE TERENGGANU 15, 16 APRIL

Najib Tun Razak



KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari bermula 15 hingga 16 April melibatkan tiga Dun, Kuala Nerus, Besut dan Dungun.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, perdana menteri dijangka tiba pada petang 15 April di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan akan terus ke Bukit Nanas, Tepoh bagi Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

"Sebanyak 500 unit rumah yang akan dibina dalam tempoh dua tahun. Dengan pembinaan kediaman setinggi lima tingkat itu akan membantu menyelesaikan masalah perumahan yang dialami 500 keluarga di Kuala Nerus," katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam Santai Bersama Media di Hotel Primula di sini, malam tadi.

Ahmad Razif berkata, pada 16 April, perdana menteri akan menghadiri Majlis Pecah Tanah Pemuliharaan Muara Sungai Besut yang dikenali sebagai gerbang pelancongan Terengganu di Kuala Besut.

"Perdana menteri dijangka akan berada di Kuala Besut jam 8 pagi bagi majlis berkenaan yang mana melibatkan kos lebih RM250 juta bagi menyelesaikan masalah air laut yang cetek yang mengganggu nelayan dan bot pelancong yang keluar ke laut.

"Projek itu akan dilaksanakan tahun ini. Ia juga bagi menunaikan janji ketika PRK Kuala Besut dahulu dan menunjukkan kerajaan BN menepati janji kepada rakyat," katanya.

Katanya, pada sebelah petang pula perdana menteri akan melancarkan program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri di Tapak Perumahan Idaman Rakyat (SPMB) di Santong, Paka.

"Beliau juga akan melawat dua buah rumah dan menyumbang keperluan rumah dan perabot serta pembinaan rumah baharu bernilai RM45,000 bagi sebuah keluarga yang memerlukan.

"Orang ramai dijemput hadir ke majlis berkenaan sempena lawatan kerja selama dua hari perdana menteri ke sini," katanya.






Demikianlah Artikel PM KE TERENGGANU 15, 16 APRIL

Sekianlah artikel PM KE TERENGGANU 15, 16 APRIL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM KE TERENGGANU 15, 16 APRIL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/pm-ke-terengganu-15-16-april.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :