Perlantikan Hishamuddin Jadi Satu Misteri Yang Besar

Perlantikan Hishamuddin Jadi Satu Misteri Yang Besar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perlantikan Hishamuddin Jadi Satu Misteri Yang Besar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perlantikan Hishamuddin Jadi Satu Misteri Yang Besar
link : Perlantikan Hishamuddin Jadi Satu Misteri Yang Besar

Baca juga


Perlantikan Hishamuddin Jadi Satu Misteri Yang Besar


Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussien sebagai menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri menimbulkan spekulasi meluas, termasuk oleh portal pro-Umno sendiri.

Artikel utamaMyKMU malam ini antaranya turut menjangkakan pelbagai spekulasi akan timbul untuk beberapa hari mendatang, terutamanya apabila tiada penjelasan lanjut berkaitan tugas khususnya.

Ab Jalil Backer menulis, sungguhpun kerajaan sering melantik menteri tugas-tugas khas sebelum ini, namun ia dalam situasi yang berbeza.

“Mereka sebelum ini bukan wakil rakyat dan ahli kabinet, dibawa masuk sebagai menteri tugas-tugas khas bagi membantu perdana menteri terutama dalam bidang ekonomi.

“Sebaliknya, Hishammuddin telah pun berada di dalam kabinet dan di sebuah kementerian yang kanan.

“Persoalan terbesar yang akan berlegar di kalangan pemerhati politik ialah sama ada Hisham di bawa masuk ke Jabatan Perdana Menteri untuk mengukuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak; atau sebagai sebahagian pelan peralihan kuasa?” soalnya.

Jalil menulis, perkembangan terbaru ini boleh juga dilihat sebagai sebahagian rancangan Najib untuk berundur selepas pilihan raya umum akan datang.

“Justeru Mohd Najib membawa masuk naib presiden Umno sebagai satu langkah memudahkan gandingan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Hisham dilantik sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya BN menang dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Artikel itu juga menyebut, sekiranya perdana menteri mempunyai “pelan peralihan kuasa” menjelang pilihan raya akan datang, beliau mahu memberi petanda jelas bahawa Hishammuddin harus diangkat sebagai timbalan Zahid.

“Namun akan ada juga yang melihat bahawa pelantikan ini merupakan usaha mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

“Perdana menteri mungkin melihat ada ketidakseimbangan politik yang memerlukan Hisham turut berada di Jabatan Perdana Menteri sekaligus mengukuhkan kedudukan beliau,” katanya.

Kemungkinan lain, kata Jalil, bagi memudahkan hubungan beberapa agensi keselamatan bawah Jabatan Perdana Menteri dengan Kementerian Pertahanan, seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Namun sehingga maklumat jelas diperoleh, pelantikan ini merupakan misteri besar dan akan menimbulkan cakap-cakap politik buat beberapa minggu akan datang,” katanya.








Demikianlah Artikel Perlantikan Hishamuddin Jadi Satu Misteri Yang Besar

Sekianlah artikel Perlantikan Hishamuddin Jadi Satu Misteri Yang Besar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perlantikan Hishamuddin Jadi Satu Misteri Yang Besar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/perlantikan-hishamuddin-jadi-satu.html

Subscribe to receive free email updates: