Judul : Pembentangan RUU 355 Di Dewan Rakyat Bukti Lim Kit Siang Anti Melayu Dan Islam
link : Pembentangan RUU 355 Di Dewan Rakyat Bukti Lim Kit Siang Anti Melayu Dan Islam
Pembentangan RUU 355 Di Dewan Rakyat Bukti Lim Kit Siang Anti Melayu Dan Islam
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) telah dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam dan dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, DS Abdul Hadi Awang buat kali ketiga untuk meminda Seksyen 2 dalam akta berkenaan.
RUU itu bertujuan meningkatkan hukuman sedia ada untuk kesalahan syariah tertentu, daripada maksimum 3 tahun penjara kepada 30 tahun, daripada denda maksimum RM5,000 kepada RM100,000 dan daripada enam kepada 100 sebatan. Namun sebelum Abdul Hadi memulakan pembentangan, menyedihkan melihat kelakuan pembangkang yang cuba membuat kacau selama 40 minit dengan harapan RUU 355 itu tidak jadi dibentangkan hari ini.
Sikap biadap mereka ini terutama sekali diktator dan Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang jelas menunjukkan sikap mereka yang anti Melayu dan anti Islam. Entah kenapa mereka begitu bimbang dengan RUU 355 ini sedangkan ia hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ahli-ahli parlimen DAP ini tidak akan masuk pun mahkamah syariah. Kenapa takut sangat? Mungkin berjuang untuk puak puak LGBT, homoseksual, pluralisme dan rakan rakan Siti Kassim di luar sana.
Alasan yang diberikan DAP ialah kenapa RUU 355 diberikan keutamaan, sedangkan kata Lim Kit Siang, rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh Speaker. Untuk menguatkan hujahnya itu, Lim Kit Siang turut mengemukakan Peraturan Mesyuarat kepada Speaker TS Pandikar Amin sebaik sahaja beliau membenarkan DS Abdul Hadi membacakan usulnya.
Tujuan Kit Siang berbuat demikian adalah untuk mencuri masa dan mengumpan Ahli Parlimen pembangkang lain yang bukan Islam untuk sama-sama membantah. Selain Kit Siang, tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang bukan Islam iaitu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) turut membantah secara terbuka. Disebabkan itu, Ahli Parlimen Pendang, Othman Abdul bangun dan berkata: "Makin tua makin gila''. Bila ayat ini keluar, Malaysiakini mulalah putar alam mencari simpati. Inilah hasil provokasi mereka tadi.
Nasib baik Pandikar Amin bertegas dalam isu itu dan mengingatkan Ahli Parlimen yang cuba bangkit untuk membantah akan dihalau keluar. Tindakan Kit Siang dan beberapa Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR yang cuba membuat kecoh itu telah menyebabkan DS Abdul Hadi memberikan amaran.
"Kepada bukan Islam, jangan permain-mainkan agama Islam yang menjadi agama bagi persekutuan,'' kata Abdul Hadi yang turut menyelar ahli Parlimen sama ada Islam atau bukan Islam yang membantah RUU tersebut. Ia disifatkan Abdul Hadi sebagai petanda buruk terhadap budaya politik perpaduan matang di negara ini.
Sepatutnya tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman yang dicadangkannya bukannya satu penyeksaan kepada pesalah, sebaliknya ia bertujuan mendidik. Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP pun pernah kata kalau tidak buat salah apa hendak takut dengan RUU355. Semalam Kit Siang kata mahu hornati orang Melayu. Hari ini tengoklah sendiri betapa biaDAP nya mereka ini menghalang undang undang Islam dibentangkan di parlimen. Sikap anti Islam Kit Siang terserlah.
Kenapa Lim Kit Siang begitu menentang RUU 355? Lim Kit Siang merupakan pengasas DAP yang membawa gagasan 'Malaysian Malaysia' iaitu kesamarataan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, ras, keturunan dan lain-lain yang diperkenalkan oleh mentornya, Lee Kuan Yew sewaktu PAP (People's Action Party) hendak bertanding Pilihanraya 1964.
Pindaan RUU ini yang bertujuan untuk memperkasa Institusi Mahkamah Syariah merupakan satu tempelak kepada gagasan 'Malaysian Malaysia' kerana memartabatkan Agama Islam dan Melayu (takrif Melayu di dalam Perlembagaan salah satunya adalah mesti beragama Islam) melebihi daripada agama dan kaum lain di negara ini.
Selagi mana terdapat kedudukan istimewa terhadap Islam atau bangsa Melayu di dalam negara ini, selagi itulah perkara ini akan ditentang oleh Lim Kit Siang. Beliau merasakan dirinya yang lahir sebagai seorang kaum Cina merupakan rakyat kelas kedua ataupun '2nd Class Citizen' akibat dasar kerajaan yang memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam dan orang Melayu.
Puluhan tahun hidup di negara ini sebagai ahli politik yang mendokong gagasan 'Malaysian Malaysia' menjadikan Lim Kit Siang seakan benci kepada Agama Islam dan orang Melayu atas dasar kedudukan istimewa yang diterima. Bagaimana Lim Kit Siang berhasrat untuk merealisasikan harapan 'Malaysian Malaysia' ini? Hanya satu cara sahaja. BN/UMNO perlu dijatuhkan!
Saya amat tertarik dengan kata-kata hikmah daripada Speaker Dewan Rakyat sebelum beliau menangguhkan sidang:
"If you are in power, you are powerful, If you dont use your power, you are bloody fool. Maka pada hari ini, saya tidak mahu jadi 'bloody fool', dengan ini saya gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan ini diadakan pada sesi akan datang."
Saya juga amat bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Ahli Parlimen Ketereh, TS Annuar Musa, walaupun beliau tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat kerana kurang sihat.
Demikianlah Artikel Pembentangan RUU 355 Di Dewan Rakyat Bukti Lim Kit Siang Anti Melayu Dan Islam
Sekianlah artikel Pembentangan RUU 355 Di Dewan Rakyat Bukti Lim Kit Siang Anti Melayu Dan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembentangan RUU 355 Di Dewan Rakyat Bukti Lim Kit Siang Anti Melayu Dan Islam dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/pembentangan-ruu-355-di-dewan-rakyat.html