Judul : Pasangan suami isteri ini dipenjara 15 tahun kerana jenayah yang sangat kejam
link : Pasangan suami isteri ini dipenjara 15 tahun kerana jenayah yang sangat kejam
Pasangan suami isteri ini dipenjara 15 tahun kerana jenayah yang sangat kejam
05/04/2017
Keith Baker pelaku penyekapan dan pemerkosaan seorang perempuan penyandang gangguan mental.
LONDON - Pasangan suami isteri yang mengurung dan menjadikan seorang perempuan OKU budak seks selama delapan tahun dijatuhi hukuman penjara.
Keith dan Caroline Baker mengurung mangsa mereka di sebuah ruangan kumuh tanpa karpet, bola lampu, cadar atau tirai, selama delapan tahun.
Polis menyelamatkan wanita malang itu dari sebuah rumah di Craigavon, County Armagh, Ireland Utara pada 2012.
Wanita yang menderita gangguan mental itu ditemui dalam keadaan sangat kurus dan tinggal hanya satu gigi yang tersisa di mulutnya. Ketika ditemui, berat badannya hanya 38 kilogram.
Ketika menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara kepada Keith Baker, Hakim Patrick Lynch menggambarkan lelaki 61 tahun itu sebagai monster seksual yang menyalahgunakan isterinya sebagai "pion yang mematuhi perintahnya".
Pasangan ini di bicarakan bulan lalu mengaku bersalah atas semua dakwaan, termasuk pemaksaan seksual terhadap seorang perempuan yang menderita gangguan mental.
Keith Baker juga didakwa melakukan perkosaan dan serangan tidak senonoh. Sementara mahkamah memutuskan Caroline Baker (54) mendapatkan hukuman tiga tahun penjara.
"Tidak mudah untuk memahami bagaimana orang-orang ini telah kehilangan kompas moral begitu rupa, sehingga boleh menjadikan seorang individu, yang jelas menderita gangguan mental yang serius, sebagai sasaran penganiayaan seksual dan merampas martabatnya," kata hakim.
Tempat penyekapan digambarkan sebagai "rumah horor", dan sang korban dikurung dalam sebuah ruangan dengan pintunya yang sudah dicopot gagangnya.
Satu-satunya tandas yang ada di dalam ruangan itu sangat kotor dan dipenuhi kotoran manusia.
Pasangan ini menculik perempuan tersebut dari rumahnya di England pada 2004, dan ia dilaporkan hilang oleh suaminya.
Dia ditemui polis di Ireland Utara delapan tahun kemudian setelah mendapat laporan dari seorang wanita bernama Mandy Highfield.
Mandy Highfield juga hidup dengan Keith Baker dan merupakan ibu dari empat anak Baker.
Ketika polis menggeledah rumah itu, ditemui berbagai video yang menunjukkan bagaimana suami isteri Baker menganiaya mangsa mereka secara seksual.
Polis menyebut, penganiayaan terhadap perempuan itu difilemkan untuk tujuan kepuasan seksual para pelaku.
Sumber:KOMPAS.com
Demikianlah Artikel Pasangan suami isteri ini dipenjara 15 tahun kerana jenayah yang sangat kejam
Sekianlah artikel Pasangan suami isteri ini dipenjara 15 tahun kerana jenayah yang sangat kejam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pasangan suami isteri ini dipenjara 15 tahun kerana jenayah yang sangat kejam dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/pasangan-suami-isteri-ini-dipenjara-15.html