Judul : ORANG MELAYU ISLAM DAN BUKAN ISLAM BOLEH PILIH ......
link : ORANG MELAYU ISLAM DAN BUKAN ISLAM BOLEH PILIH ......
ORANG MELAYU ISLAM DAN BUKAN ISLAM BOLEH PILIH ......
KALAU IKUT MAHADIR (PENGURUSI BERSATU)
RUU 355 MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM ?
RAKYAT BERAGAMA ISLAM BOLEH NILAI SIAPA MAHADHIR DAN PARTI BERSATU !
-Pak Karamu-
Bersatu perlu berpendirian dalam isu RUU355
ALOR SETAR - Sikap membisu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap usul Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu terus menimbulkan persoalan mengenai pendirian parti itu.
Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan 'membungkam' Bersatu itu secara langsung membuktikan PPBM hanyalah alat dan perkakas DAP untuk mengurangkan sokongan orang Melayu khususnya terhadap BN.
"Kami musykil dengan pendirian Bersatu yang terus menerus mengambil sikap berdiam dan berkecuali mengenai isu RUU355 ini dan pada masa yang sama menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan.
"Bagi kami, pendirian Bersatu adalah penting kerana ia akan menggambarkan prinsip dan pendirian parti itu dalam arus perdana politik negara," katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Shaiful Hazizy mengutuk sekeras-kerasnya beberapa ahli parlimen Melayu Islam yang bertindak menghalang pembentangan usul itu oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Tindakan mereka ini jelas bermotifkan politik semata-mata dan sama sekali tidak peka dengan keperluan ummah dan agama," katanya. - Bernama
Demikianlah Artikel ORANG MELAYU ISLAM DAN BUKAN ISLAM BOLEH PILIH ......
Sekianlah artikel ORANG MELAYU ISLAM DAN BUKAN ISLAM BOLEH PILIH ...... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ORANG MELAYU ISLAM DAN BUKAN ISLAM BOLEH PILIH ...... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/orang-melayu-islam-dan-bukan-islam.html